Salvatore Ferragamo hadirkan koleksi yang memperkasakan elemen seni untuk himpunan pra musim luruh 2021. Sekian lama mengemudi lapangan fesyen, Ferragamo tidak pernah jemu menghadirkan rekaan yang mengangkat nilai-nilai artistik melalui koleksinya. Untuk koleksi terbaru, Salvatore Ferragamo mengundang enam artis seni untuk merayakan kempen digital untuk koleksi Tuscan Wildflowers, untuk pra musim luruh 2021.
Antara artis seni yang ditampilkan ialah Lucas Beaufort (Perancis), Diego Cabezas (Sepanyol), Marina Papi (Brazil), dan Boree Hur (Korea Selatan).
Motif Tuscan Wildflowers disifatkan sebagai seni yang bernada romantik, lantas memberi idea untuk kita berfantasi dalam fesyen. Setiap rekaan yang terkandung sangat memesonakan dengan memberi gambaran gaya feminin wanita Itali. Sorokan warna dan jalinan motif floral yang indah, memberiskan rasa segar dan nyaman buat penggemar jenama ini.
Tuscan Wildflowers membentuk manifesto visual yang menyatukan perspektif yang pelbagai menerusi satu lokasi, sekaligus memberi perspektif budaya dari latar belakang yang beragam. Menawarkan satu koleksi mengibaratkan penceritaan dari catatan diari kembara yang mengimbau kita pada keluarbiasaan dan keindahan dunia.
Menyemati semangat yang positif dan rasa optimistik, sempurna disebarkan terutamanya dalam situasi yang sukar pada masa sekarang.
Kemewahan perincian ditampilkan pada seni jahitan dan rupa bentuk turut diolah sepenuhnya pada aksesori beg tangan, klutch, sepatu, aksesori kepala dan skaf yang dianggap sebagai lambang agung kehalusan seni Ferragamo. Tuscan Wildflowers, motif floral membaluti setiap ceraian dan aksesori dengan hasil tenunan untuk membentuk imej bunga-bunga indah seperti bunga matahari, daisy dan poppies.
Bunga-bungaan yang dijalinkan pada permukaan aksesori, mendetikkan pemandangan indah dan memori manis di kawasan luar bandar di Florence, secara tak langsung menceritakan sejarah kelahiran jenama Ferragamo.
Aksesori utama, beg tangan Ferragamo Studio hadir dengan motif Tuscan Wildflowers, mengesan kesan artistik yang berjiwa. Dilengkapi tangkai beg yang pastinya tampak bergaya pabila menjinjingnya nanti. Dan selayaknya dinamakan sebagai beg tangan sempurna untuk musim ini.
#SalvatoreFerragamo
Artikel berkaitan: Summer Of You Tawaran Monki Kala Lockdown