EH! juga berpeluang menerokai stor Onitska Tiger berlokasi di Takashimaya Shopping Centre Ngee Ann City dan The Onitsuka di ION Orchard.
Onitsuka Tiger Takashimaya S.C
Stor Onitsuka Tiger di Takashimaya menunjukkan bagaimana jenama gaya hidup ini mengikuti perkembangan zaman. Ia menawarkan reka bentuk yang bergaya, dari siluet klasik hingga kolaborasi bersama orang seni. Semangat warisan Jepun terasa dalam setiap koleksi baru kasut, pakaian, dan aksesori.
Ruang lebih luas, lebih mewah, dan hampir dua kali ganda saiz asalnya. Dengan interior ini, jelas sekali bahawa jenama Jepun yang kontemporari dan kreatif ini sentiasa hadir memberikan yang terbaik buat pengunjung.
Antara ciri-ciri menarik stor ini, lantai gaya marmar yang mewah, sudut sofa chaise lounge yang diterangi dengan chandelier bola yang menyinari, adalah antara yang paling menonjol, sebahagian daripada ruang khusus untuk mempamerkan barisan NIPPON MADE™ mereka. Menampilkan kebanggaan dalam seni pembuatan kasut Jepun, koleksi ini merupakan ciptaan kasut dengan pelbagai reka bentuk yang lebih eksklusif dan sangat digemari oleh komuniti penggemar kasut di seluruh dunia.
Stor flagship Onitsuka Tiger berlokasi di #B1 – 37 & 38 Takashimaya S.C, dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 9:30 malam.
The Onitsuka ION Orchard
Terletak di tingkat pertama ION Orchard, reka bentuk dalaman butik ini mencerminkan gaya abadi koleksi ini dengan sentuhan berani hitam, putih, dan merah. Sifat sensori kasut The Onitsuka dipamerkan melalui kemewahan sofa empuk dan lantai terrazzo yang elegan, mencipta suasana yang menyatu dengan keselesaan dan estetika.
Barisan kasut formal baharu Onitsuka Tiger membuat kemunculan di butik Southeast Asianya yang pertama di ION Orchard. Sebut saja Onitsuka Tiger, garis-garis yang menjadi tanda jenama serta rangkaian kasut harian yang serba boleh dan tak lapuk dek zaman pasti terlintas di fikiran. Namun, bukannya menambah koleksi tersebut, jenama Jepun ini menggali ke dalam seni pembuatan kasut warisan Jepun untuk mengangkat koleksi kasut mereka dengan The Onitsuka, satu barisan kasut formal buatan tangan yang menjadi tanda pengenalan baharu mereka.
Koleksi ini terdiri daripada rekaan hibrid yang unik yang menggabungkan elemen rekaan kasut formal dan sneakers. Sebahagian besar koleksi ini dibina daripada kulit Jepun, seperti jenis domestik dari lembu Kobe. Kulit-kulit ini kemudiannya diproses menggunakan teknik tradisional oleh tukang kulit Jepun di bandar Himeji, yang terkenal dengan pengeluaran kulit berkualiti tinggi, sebelum diubah menjadi kasut yang mementingkan keselesaan, dengan ‘garisan merah’ klasik dan ‘tapak bergigi hiu’ yang direka dengan teliti untuk memenuhi kedua-dua fungsi dan bentuk.
Baca: Urban Beats, Koleksi Onitsuka Tiger SS25 di Milan Terus Bernadi