Koleksi baharu Aigner Musim Luruh/Sejuk 2022, ‘Progress’ adalah tafsiran individu tentang futurisme yang meraikan kebebasan estetik, dinamisme dan kekuatan.
Koleksi ‘Progress’ dari Aigner mengambil motif seni dari koleksi sebelum ini, menerokai gaya avant-garde. Hasilnya adalah estetik baharu, namum tidak pernah hilang dari asal usulnya. Sepanjang masa, Aigner adalah elegan, tetapi tidak terlalu klasik, kasual, tetapi tidak terlalu sporty, bergaya, tetapi tidak terbatas.
Koleksi baharu itu menampilkan supermodel legenda Kate Moss, simbol kebebasan, pemerkasaan dan kekuatan. Dia terus mempengaruhi dunia fesyen dengan gaya riangnya yang memikat, personaliti cool dan kecantikan memukau. Melambangkan kemajuan, dinamisme dan inovasi, koleksi ini meraikan cara kreatif baharu dalam melakukan sesuatu sebaliknya tidak pernah melupakan gaya sendiri.
Musim ini, Aigner mempamerkan koleksi karya elegan, cool dan kasual namun kental dan dinamik yang patut diberi perhatian. Ia termasuk beg Cybill Aigner, yang telah mengambil laluan futuristik musim ini dengan corak timbul geometri dan ton metaliknya. Dua koleksi yang ditunggu- tunggu, potongan menakjubkan beg Maggie dengan quilt diinovasikan dan beg Delia, keanggunan minimalis dibina daripada kulit dihasilkan secara sustainable dalam reka bentuk 90-an yang diperbaharui.
Beg Alona, mencipta penampilan yang yakin pada diri sendiri. Cetakan Dadino, Aigner klasik, turut digunakan pada musim ini dengan siri Mira baharu, kali ini berwarna nylon dan beg Filo. Hampir 90 peratus daripada koleksi dihasilkan dengan bahan mesra alam atau kitar semula menjadikan koleksi ini antara paling sustainable setakat ini.
Koleksi ini juga mengambil kira bentuk seni futurisme, warna yang begitu kuat dan dinamik seperti biru kosmik, merah jambu orkid dan metalik digunakan di seluruh koleksi bersama-sama dengan warna yang menenangkan seperti coklat maple, hijau buluh dan kelabu industri.
Lihat koleksi terkini di butik Aigner di Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC dan LaLaport Bukit Bintang, atau ketahui lebih lanjut di laman web Aigner.