PENGARAH KREATIF: Aizat Aidid & Khairul Abidin, PENGARANG FESYEN: Johan Kassim, ARAHAN SENI: Amirul Ariffin, SOLEKAN: Fendi Sani
PUMA HIJAB MENJADI SATU LAGI KEBANGGAAN PUMA. DEDIKASI WANITA BERHIJAB KHUSUSNYA DI MALAYSIA DEMI KELANCARAN AKTIVITI SUKAN ATAU HARIAN.
Dalam meraikan diversifikasi dalam stail dan sukan, PUMA telah melancarkan rekaan PUMA Hijab pertama. Terbukti, komitmen PUMA dalam memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Produk ini merupakan hijab sukan ciptaan PUMA yang dikhususkan untuk membantu wanita berhijab khasnya, melakukan apa jua aktiviti, tidak terhad pada sukan dengan bebas dan selesa.
Melihat pada situasi pertambahan golongan wanita berhijab dalam lapangan sukan, PUMA berhasrat untuk menawarkan produk yang dapat membantu kelancaran aktiviti wanita berhijab. Bukan itu sahaja, hijab sukan ini ternyata fleksibel dan versatil kerana ia boleh digayakan dengan penampilan pilihan tersendiri. Usah mengehadkan pemakaiannya pada helaian sukan sahaja, malah ia boleh dipadankan dengan penampilan formal, kasual atau hari-harian.
Selaras dengan kempen #FlexHijabku oleh PUMA, PUMA Hijab ini diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi, bersifat ringan dengan pengudaraan yang sistematik. Lantas, menjadikannya satu helaian utama yang lembut, fleksibel dan versatil. Warna hitam yang ditawarkan, menjadikannya trik gaya yang mudah. Boleh dipadankan dengan apa jua warna baju, tanpa kelihatan janggal.
Sempurna buat para wanita berhijab yang sibuk dengan tugasan di sebelah pagi atau tengah hari, yang mana selepas waktu bekerja bisa langsung melakukan aktiviti kecergasan. Apalagi, senario hari ini menyaksikan banyak wanita yang gemar beraktiviti selepas waktu bekerja. Dengan PUMA Hijab, ia dapat melancarkan pelaksanaan aktiviti. Kekal dengan PUMA Hijab yang sama, dan hanya perlu tukar dari pakaian kerja ke pakaian sukan yang lebih selesa. Dapat menjimatkan masa.
“Memandangkan masyarakat kini sudah mula kembali ke dunia luar secara beransur-ansur selepas sekatan pergerakan, menggayakan pakaian yang tepat mampu memberikan perbezaan ketara dalam menjalani semula aktiviti harian. Justeru itu, PUMA Hijab direka selari dengan idea tersebut,” kata Eleanor Wang, Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara.
Istimewanya PUMA Hijab ini, ukurannya direka melepasi bahagian dada untuk labuh yang mencukupi dan selesa. Spesifikasi ini ternyata amat penting kerana wanita berhijab di Malaysia khasnya, mahukan sesuatu yang selesa juga rekaan pakaian mengikut syariat agama. Yang mana dapat melindungi aurat pada setiap masa. Tanpa terjejas dek sesuatu aktiviti sukan yang dilakukan. Ciri-ciri ini tidak dimiliki oleh kebanyakan hijab sukan lain.
EH! Meluangkan masa bersama Hawa Rizwana di Journey Indoor Cycling Studio. Hawa seorang pembaca berita, pengacara dan penyampai radio yang semakin membina nama dalam industri hiburan tempatan. Juga dikenali sebagai selebriti yang giat melakukan aktiviti berbasikal pada masa lapang.
Padanya, biarpun sibuk dengan kerja, dia akan mencari masa untuk bersenam. Kerana senaman merupakan caranya untuk melapangkan minda, sambil itu mendapatkan tubuh yang sihat.
Untuk melakukan semua itu, Hawa perlu sarung hijab sukan yang sempurna, selain pakaian yang selesa. Semestinya, supaya tampil selesa dan bersemangat untuk beraktiviti.
Hawa sendiri telah cuba menyarung PUMA Hijab sukan sewaktu bersukan dan pergi bekerja. Akuinya, ia cukup selesa dan ukurannya yang mengikut bentuk muka Hawa, sekaligus melancarkan aktiviti yang dilakukan. Katanya lagi, PUMA Hijab sukan boleh dipakai dengan apa jua penampilan. Tak salah untuk dipakai sewaktu bekerja mahupun sekadar keluar bersahaja.
Tambahan lagi, hijab ini juga direka khas dengan bukaan kecil pada kedua-dua belah supaya penggunaan fon telinga adalah ergonomik dan lebih mudah. Antara ciri-ciri yang diutamakan PUMA, bagi memudahkan pemakai, misalnya mendengar muzik kegemaraan kala beraktiviti. Dapat memotivasikan diri lagi. Hadir dalam warna hitam, menonjolkan ‘exclusivity’ dengan saiz S dan M. Dijual pada harga RM89, boleh didapati di semua kedai Al-Ikhsan Sports dan di alikhsan.com.
#EH #EHMALAYSIA
#FlexHijabku