Peneraju pakaian dalam dunia, Triumph memperkenalkan koleksi Cleavage buat wanita yang mahukan pengalaman sensasi pada sokongan push-up, keselesaan dan padanan.
Tampil dengan tiga siri iaitu Aqua, Airy Blossom dan Sexy Cushion, koleksi Cleavage dari Triumph mahu memastikan wanita mendapat sokongan push-up bra yang sensasi, selesa serta padanan yang terbaik.
Untuk siri Aqua, ia hadir dalam rekaan baharu yang mana sulaman dwi-ton dan lining kontra yang terkini. Aqua Daisy pula menampilkan tatahan oil padding serta kuasa net sayap sisi untuk menyerlahkan lurah dada yang akan mengekalkan keselesaan maksimum.
Buat yang mahu lurah dada kelihatan sempurna cantik, rangkaian Aqua Melody baharu adalah pilihan utama kerana ia menghasilkan padanan berenda dengan desain dekorasi bertatah batu dan sayap sisi dengan sulaman multi-warna dan renda untuk menghasilkan bentuk bulat maksimum.
Bagi wanita yang mahukan gaya feminin, Triumph juga hadir dengan koleksi Sexy Cushion Essential dengan rekaan renda floral dan loket berlian bersama teknologi magic wire pada keseluruhan rekaan.
Dengan renda jacquard dan lining kontra, ia pasti dapat membiaskan sisi seksi wanita. Buat yang mencari rekaan yang selesa untuk dipakai seharian, koleksi Airy Blossom pula menawarkan pengalaman lurah dada breathable yang sesuai digayakan setiap hari. Ia hadir dengan dekorasi renda floral yang ringan dalam tiga potongan pilihan iaitu push-up 3/4, deep V dan teknologi magic wire.