Gambar: TPGNews
1) Pemilihan fabrik: Bagi mendapatkan sehelai jaket/blazer yang berkualiti bermula dengan pilihan fabrik yang boleh renggang dan tidak kaku. Biasanya fabrik jenis elastik ini harganya sedikit mahal.
2) Pemotongan: Jaket biasa memerlukan fabrik 1.8 meter dengan ukuran 60 inci lebar, tetapi jaket/blazer yang mewah atau custome-made memerlukan lebih dari itu kerana sesetengah panel di potong secara menyerong (bias cut). Terutamanya pada bahagian lengan.
3) Interlining: Menggunakan kanvas horse hair pada bahagian atas jaket bagi mendapatkan kualiti dan kemasan yang maksimum. Malah, untuk menjaga jaket/blazer agar penggunaannya lebih kekal lama, penggunaan benang seperti campuran nilon adalah disarankan. Berbanding benang campuran kapas yang mudah putus.
4) Butang: Butang asas mutiara lebih tahan lama dan tampil mewah. Elakkan dari memilih asas plastik.