Menjelangnya Hari Ibu tidak lama lagi, pemberian hadiah adalah salah satu penghargaan yang bermakna bagi seorang ibu. Apa salahnya hadiahkan barangan yang pasti akan mengingatkan dia kepada anda? EH! bariskan pilihan untuk ibu kesayangan anda!
Setiap ibu di dunia ini berhak merasa dihargai dan disayangi, apatah lagi apabila menerima pemberian ikhlas daripada anak kesayangan. Momen menyambut Hari Ibu menjadi lebih bermakna apabila diiringi dengan kejutan manis yang mencerminkan kasih dan penghargaan yang tidak berbelah bahagi.
Apa kata tahun ini, anda luahkan rasa cinta dan terima kasih kepada ibu tercinta dengan menghadiahkan barangan istimewa? Bukan sekadar hadiah, malah sebagai simbol bahawa dia tetap menjadi wanita paling anggun dan menawan di mata anda, tidak kira usia. EH! menyenaraikan 5 pilihan terbaik.
Dyson Airstrait Straightener
Pencapaian terbaru Dyson dalam penjagaan rambut ialah Dyson Airstrait straightener, yang membolehkan proses meluruskan rambut dari basah ke kering menggunakan aliran udara – tanpa plat panas dan tanpa kerosakan akibat haba.
Alat konvensional lazimnya menyebabkan kerosakan haba, namun Dyson Airstrait straightener dilengkapi dengan aliran udara berarah yang tepat untuk mengeringkan dan meluruskan rambut secara serentak bermula dari keadaan basah. Rutin penjagaan rambut kini lebih ringkas untuk mendapatkan gaya lurus semula jadi dengan kemasan licin dan berkilat – dalam masa yang pantas.
Ariana Grande x Swarovski Set
Kolaborasi eksklusif antara ikon pop Ariana Grande dan rumah barang kemas mewah Swarovski menghadirkan satu set aksesori yang memikat, bold, feminin dan penuh ekspresi diri.
Set ini menampilkan rekaan bentuk hati sebagai simbol cinta dan keanggunan, diinspirasikan oleh gaya Ariana yang ikonik: manis, berani dan sentiasa menyerlah. Dihasilkan dengan gabungan potongan batu kristal pelbagai bentuk (mixed cuts) seperti potongan bulat, marquise dan princess di mana setiap satu menyumbang kepada tekstur visual yang unik dan moden.
Hermès Precious Paradise scarf 90
Skarf ini diperbuat daripada fabrik silk twill dengan kemasan tepi gulung tangan (100 peratus sutera). Helaian ikonik daripada Hermès ini melambangkan keanggunan yang berkuasa dan feminiti yang memikat. Skaf 90 ini bukan sekadar aksesori, ia simbol kebebasan tanpa batas, kreativiti yang sentiasa diperbaharui, serta emosi yang tidak terbatas.
Setiap helaian menjadi medium ekspresi peribadi yang unik – sebuah naratif indah yang menanti untuk ditulis dan diterjemahkan melalui gaya.
Coach Tabby Shoulder Bag 26
Diinspirasikan daripada arkib Coach era 70-an, Tabby Shoulder Bag 26 adalah simbol gaya moden yang disulami sentuhan retro. Dengan reka bentuk yang clean, struktur yang kemas dan signature hardware “C” yang elegan, beg ini telah menjadi kegemaran ramai termasuk para ibu.
Diperbuat daripada kulit napa halus yang mewah dan lembut pada sentuhan, beg ini menampilkan saiz sederhana yang praktikal — cukup ruang untuk keperluan harian tanpa berkompromi pada gaya. Tali boleh laras dan boleh tanggal memberikan fleksibiliti: boleh digayakan sebagai shoulder bag, crossbody, atau digenggam sebagai clutch untuk gaya malam yang lebih sofistikated.
My Dior Slingback Pump