Inspirasi stail 1980-an di Jepun yang menyatukan budaya lokal dan barat mencetus inspirasi buat kempen musim luruh Onitsuka Tiger 2022.
Onitsuka Tiger (OT) meneruskan inspirasi gaya kontemporari buat koleksi terkininya. Masih menyatukan antara ilham gaya hidup sukan dan stail, Onitsuka Tiger bukan hanya mahu mereka sesuatu yang cantik semata malah mereka masih ligat menggali idea memikir inovasi baharu buat koleksinya.
Terbaru, untuk koleksi musim luruh/dingin 2022, OT menerapkan unsur bayangan dalam kempen terbarunya itu. Bermain dengan imej hitam putih, kempen ini memaparkan model beraksi elegan dengan gerakan gemalai yang diinspirasikan daripada trend rakaman fesyen era 1980-an. Menyoroti era pada tahun tersebut, dunia fesyen Jepun banyak berpegang pada falsafah fesyen yang berkaitan dengan keharmonian hidup dan dalam amsa yang sama mereka mula terbuka menerapkan unsur gaya barat dalam himpunan fesyen mereka.
Satu yang pasti tentang gaya orang Jepun, dari dulu lagi mereka cukup gemar dengan gaya berlapis-lapis. Mereka cukup cermat dalam melapiskan pakaian (layering), dan mereka juga sukakan sesuatu gaya yang tidak mencerminkan mana-mana jantina. Makan menerusi koleksi terbaru OT, mereka banyak mencipta baju-t besar (oversized) yang mana mereka memilih untuk menggunakan kain kapas tebal. Selain itu OT musim ini juga banyak menyuntik imej rock pada helaian mereka termasuklah gaun velor dan gaun mininya. Mereka turut memeriahkan koleksi ini dengan maksi Bermuda juga skirt midi berlisu.
Koleksi ini juga disempurnakan dengan banyak rekaan sniker termasuk rekaan PETAL yang mana sniker potongan tinggi ini berbentuk tirus ke atas, membalut rapat buku lali.
Kesemua himpunan Onitsuka Tiger sudah berada di pasaran dan boleh juga dimiliki secara dalam talian di https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/p/aw22