Gambar: Raisa Azzam
Arahan Seni: Yantie Basharudin
Solekan & dandanan: Sahir Sabri
Teks, Penyelaras & Penata Gaya: Julia Azman
“The most magical day of my life,” ungkapan manis pelakon dan model Ramona Zam Zam yang kini bergelar ibu. Ilham gaya coolest mom pelengkap diari fesyennya.
1. Apakah trik anda dalam mengimbangi antara kerja dan peribadi?
Semuanya bergantung pada cara displin diri dalam pembahagian masa. Saya tidak memerlukan pembantu peribadi untuk menguruskan perihal saya dan semuanya saya uruskan sendiri kerana ia lebih mudah.
2. Kongsikan momen paling manis dalam hidup Ramona setakat ini?
Terlalu banyak! Tetapi paling saya ingin highlight adalah zaman persekolahan bagaimana saya menghabiskan masa bersama keluarga dan sahabat handai. Tidak lupa juga zaman bercinta dengan suami, semuanya cukup indah dan romantik hinggalah saya selamat melahirkan permata dalam hidup kami.
3. Apa perasaan anda bergelar ‘ibu muda’?
Sangat suka! Walaupun hidup saya agak kelam-kabut tetapi saya anggap ia suatu cabaran untuk saya tempuh ujian ini dalam hidup saya.
4. Apakah rutin harian anda kini?
Lebih banyak meluangkan masa bersama anak kerana dia memerlukan sepenuh perhatian daripada saya. Breastfeeding all over again and again….ha ha ha!
5. Kenalkan sedikit anak comel Ramona?
Namanya Ivanna Alashkar, baru berumur empat bulan setengah. Berdarah kacukan separuh melayu dan Palestin. Ivanna mirip seperti bapanya manakala personaliti dia lebih kepada saya. She’s very cartoonish!
6. Adakah anda melihat diri anda sebagai seorang yang stylish?
Ia bergantung pada situasi. Saya seorang yang sangat ringkas bagi stail harian, cukuplah sekadar berbaju-T, denim dan kasut sniker. Tetapi, jika saya hadir ke majlis formal yang memerlukan saya untuk dress up, pasti saya melaram sakan!
7. Apakah persalinan pertama yang anda tidak muat selepas bersalin?
All my favourite jeans! Tetapi kini agak lega kerana sudah mula muat untuk digayakan.. ha ha ha!
8. Apakah rahsia penjagaan badan anda selepas bersalin dan kini anda seperti ‘back to shape’?
Nothing much! Cukup sekadar breastfeeding dan beri tumpuan sepenuhnya pada anak sudah mampu membuat anda kembali langsing seperti sedia kala. Kadangkala, jika ada masa saya akan ke gimnasium untuk mengeluarkan peluh dan aktif dalam aktiviti berenang.