Sepanjang tujuh hari KLFW 2026, EH! akan membawakan sorotan harian. Berikut merupakan recap Hari Pertama.
KLFW 2026 kembali menghangatkan industri fesyen tempatan menerusi penganjuran edisi ke-14 yang berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Esplanade, KLCC Park, Kuala Lumpur. Bertemakan Destination: Home Ground, acara tahun ini meraikan kreativiti serta keunikan bakat fesyen tempatan di pentas yang menjadi tumpuan pencinta fesyen.
EH! turut berpeluang menyaksikan sendiri beberapa pertunjukan pilihan sepanjang KLFW 2026. Sepanjang tujuh hari acara berlangsung, kami akan membawakan sorotan harian yang merakamkan momen-momen paling mencuri perhatian di pentas peragaan. Berikut merupakan recap Hari Pertama KLFW 2026.
PLAZÄ
Menerusi koleksi sulungnya di pentas peragaan, REUNION, PLAZÄ mengangkat tema “Reunion” sebagai simbol hubungan antara warisan, identiti dan diri moden.
Koleksi ini meraikan kepelbagaian budaya dan pengalaman hidup, sambil menegaskan bahawa fesyen bukan untuk mendefinisikan seseorang, tetapi menjadi medium untuk setiap individu mengekspresikan identiti mereka sendiri.
SHAZNASH
Koleksi ShazNash kali ini berjudul Running Out of Time merupakan sebuah eksplorasi tentang sifat sementara kehidupan dan kesementaraan dunia.
Menurut pereka, manusia sentiasa berlumba mengejar pencapaian demi pencapaian, sebaik satu matlamat dicapai, matlamat baharu pula menjadi buruan. Kitaran yang tidak pernah berakhir ini menjadi inspirasi utama di sebalik setiap rekaan dalam koleksi tersebut.
RIZMAN RUZAINI
Menerusi koleksi Fall/Winter 2026 berjudul Lemari Nyonya, Rizman Ruzaini meraikan keanggunan, warisan dan semangat wanita Nyonya yang kekal relevan merentas zaman.
Menggabungkan nilai pertukangan halus, elemen budaya dan sentuhan sofistikated moden, setiap helaian dalam koleksi ini tampil sebagai penghormatan kepada kisah dan keindahan warisan yang tidak lapuk dek waktu.
Baca: Gaya Selebriti & Pempengaruh Paling Stail Di KLFW 2026
