Kuala Lumpur Fashion Week 2024 berlangsung selama tujuh hari dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024 di KLCC. Berlangsung dengan cukup meriah, ini rekaan daripada pereka yang memukau pilihan EH! !
Sepanjang KL Fashion Week, seramai 50 pereka dan jenama memperkenalkan koleksi mereka di mana ia cukup memuaskan pencinta fesyen dengan rekaan yang luar biasa.
Selepas meraikan sedekad meletakkan pereka dan fesyen Malaysia di hadapan, acara fesyen tahunan itu mengambil petunjuk daripada trend semasa untuk menuntut semula dan memfokus semula pada tujuannya, menyediakan platform untuk pereka Malaysia, individu maju fesyen dan industri fesyen tempatan untuk bersatu, menghormati dan berkembang.
UZAIR SHOID
Pereka muda Uzair, membuka tirai Kuala Lumpur Fashion Week dengan menampilkan koleksi ‘Mekar’. Sebanyak 18 helai diperagakan di mana boleh dilihat kemasan renda, manik dan fabrik songket diolah seninya.
Merupakan debut pertamanya di KLFW, Uzair membawa nafas baharu dalam sentimen fesyen ala whimsical dibaluti elemen tradisional, cukup memukau bagi pembuka acara.
NURITA HARITH
Nurita Harith kali ini di KL Fashion Week, berkolaborasi dengan label sedia pakai Nichii untuk satu himpunan yang mesra penggayaan.
Pilihan fabrik lembut mencetus satu himpunan yang cukup feminin dalam ilham yang kasual dan mudah disuai padan.
ZACHRIN JAAFARS
KITWOO
Kit Woo kembali di KL Fashion Week tahun ini dengan kolaborasi bersama Peugeot Malaysia, menampilkan siluet minimalis yang elegan, double-layer padan bersama beg multifunction yang unik dan versatil.
ALIA BASTAMAM
Himpunan Alia Bastamam di KL Fashion Week tahun ini mash mengekalkan identitinya namun dalam nuansa yang lebih segar. Mainan lisu, rona ombre, siluet yang feminin lagi seksi jelas ketara dalam himpunan ini.
Pada pendapat saya, kualiti Alia Bastamam ini tidak dapat ditandingi. Kesemua koleksinya tampak mahal dan elegan.
TACT
SHALS
Pertama kali debut di KL Fashion Week 2024, SHALS mengambil tema korporat yang menampilkan koleksi ‘Coming of Age!.
Pilihan fabrik yang selesa mencetus satu himpunan yang kasual dan mudah disuai padan.
FIZIWOO
Fiziwoo mementaskan 56 helai untuk pertunjukan koleksinya di KL Fashion Week 2024 yang mana karyanya tahun ini banyak bermain dengan ilham rama-rama.
Cetusan inspirasi ini diterjemah pada cetakan, perincian termasuk sulaman manik dan jemeki. Fiziwoo turut melengkapkan koleksi ini dengan 16 helai buat lelaki dan koleksi ini juga merupakan debut buat Fiziwoo bermain dengan denim.
ABU
Pertama kali Abu mementaskan koleksinya di KL Fashion Week, apa yang saya boleh katakan, ia adalah koleksi kegemaran saya! ABU CULTURA 2024, terdiri daripada 60 helaian, pertunjukan unik terserlah setiap jenis koleksi yang diperagakan dari koleksi kasual ke koleksi futuristik.
Abu berjaya mencipta kontras yang menarik dan mentakrifkan semula gaya moden.
BEHATI
Semangat Patriotisme disemaikan melalui koleksi BEHATI di KL Fashion Week 2024. Kel Wen menyelitkan sentuhan budaya Malaysia, mengubah elemen menjadi lebih inovatif.
Daripada penampilan berani yang dilhamkan oleh ahli bomba ke kebaya dan batik, koleksi itu dipancarkan dengan helian oversize statement jenama itu
MASYADI MANSOOR
Masyadi tidak pernah mengecewakan! Satu himpunan yang segar dan selari serta dipertontonkan dalam satu persembahan yang menggerakkan emosi! Kulit, nilon, quilt bersenyawa sempurna!
RIZMAN RUZAINI
Rizman Ruzaini terus menerus memukau di KL Fashion Week, kali ini dengan koleksi ‘The Mystery of Sophia Cruise 2024/25’.
Sentuhan elegan dalam koleksi ini sekali lagi mencuri tumpuan dan memikat hati tetamu yang hadir.