Dunhill
Jenama warisan British, Dunhill, mengadakan pertunjukan di Società del Giardino, sebuah kelab eksklusif di Milan, di bawah arahan kreatif Simon Holloway. Dengan suasana mewah kelab dan tetamu disajikan sampanye serta sandwic timun, Holloway menghidupkan semula kod pakaian tradisional British yang menggabungkan klasikisme, keanggunan santai, dan gaya abadi.
Musim ini, beliau menampilkan semula English Drape Suit atau ‘London Cut’, terkenal pada 1930-an dengan siluet longgar, pinggang berpotongan rapi, dan bahu sporty. Koleksi ini merangkumi sut jalur pin dan kotak-kotak, kot unta berlapel lebar, seluar pinggang tinggi, dan pakaian rajut berusuk, menggambarkan glamor era lalu.
Pakaian malamnya, dipadankan dengan selipar baldu, mencerminkan ‘131 tahun kecemerlangan jahitan’ – warisan Dunhill yang ingin Holloway teruskan dalam musim ketiganya.
Zinge
Zegna memperkenalkan pengalaman membeli-belah eksklusif untuk pelanggan utama pada Musim Luruh/Musim Sejuk 2025. Bertempat di venue bertema padang biri-biri Australia semasa Minggu Fesyen Milan, pelanggan berpeluang membuat pesanan koleksi pentas yang dihantar dalam empat minggu, memanfaatkan rantaian pengeluaran Zegna yang lengkap.
Koleksi kapsul *Vellus Aureum*, dijual mulai 5 Februari, menggunakan bulu terbaik (12-13 mikron) sebagai penghormatan kepada pengasas, Ermenegildo Zegna. Koleksi ini menampilkan keselesaan, garis lembut, dan keanggunan untuk pelanggan berumur 25 hingga 70 tahun, diinspirasikan dari gaya pengasas yang menghargai kualiti artisan.
Saul Nash
Saul Nash menekankan pergerakan dalam koleksi Musim Luruh 2025, dengan himpunan pakaian yang bervariasi daripada gaya kasual sepenuhnya hingga interpretasi santai pakaian malam. Koleksi terbarunya menampilkan pelbagai kot dan jaket yang diilhamkan oleh pakaian seragam tentera, termasuk parka nilon, jaket berpotongan tajam, dan kemeja bersaiz besar. Tema transformasi dapat dilihat pada hoodie dan jaket sut yang boleh diubah untuk menjadi pakaian santai sukan dan jersi. Sentuhan utilitarian tambahan diperlihatkan melalui palet warna hitam dan biru yang dominan, serta butiran seperti zip berkilat dan kulit berlubang. Menyempurnakan koleksi ini ialah kolaborasi sporty Nash yang akan datang bersama Lululemon, SLNSH—yang akan dilancarkan pada awal bulan Mac.