Kerjasama antara UNIQLO dan Roger Federer sudah terjalin selama beberapa musim. Atlet berpengaruh itu, sememangnya menjadi idola ramai dan identiti gayanya selari dengan falsafah gaya UNIQLO. Maka itu, UNIQLO memperkenalkan rangkaian baharu yang merangkumi dua item asas yang ringkas penciptaanya, namun didasari pelbagai inspirasi yang unik.
Rangkaian tersebut merupakan replika kepada helaian dan topi yang dipakai Roger Federer sewaktu perlawanan Qatar ExxonMobil Open 2021. Yakni perlawanan pertama selepas Roger kembali menyertai ATP Tour. Topi yang dihiasi “RF” pada bahagian hadapan topi turut dihadirkan dalam dua warna yang sepadan dengan helaian polo T yang sama dipakainya sewaktu berentap di perlawanan tersebut.
Pakaian sukan ini direka sepenuhnya oleh pasukan pereka di Paris R&D Center yang diketuai oleh Christophe Lemaire, serta rundingan bersama Roger Federer. Bermula dengan perlawanan ini, UNIQLO turut menawarkan rekaan yang sama dalam saiz untuk kanak-kanak pula. Setiap rekaan yang terkandung diperbuat daripada material DRY-EX yang dihasilkan dengan proses kitar semula botol-botol PET. Roger berpendapat, dia rasa bertuah dapat bekerjasama dengan UNIQLO juga menghasilkan rekaan yang berinovasi serta mengekalkan praktikaliti dalam pemakaian, seiring dengan lembaran baharu tahun 2021.
Keselesaan dan kefungsian yang memaut pada rekaan ini, diyakini lagi oleh Roger kerana ia telah dipakai oleh Roger sewaktu perlawanan Qatar ExxonMobil Open 2021. Selain faktor selesa, kelestarian dalam fesyen turut dipraktikkan dengan baik kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula dan material DRY-EX. Rangkaian ini akan dijual di seleksi stor UNIQLO dan online bermula 1 Mac 2021.
Artikel berkaitan: Tip Pemilihan Fesyen Sukan Yang Betul