Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kembali dan bakal berlangsung bermula 21-27 Ogos ini. Dalam membilang hari bermulanya minggu fesyen terbesar Kuala Lumpur ini, saya sempat menemubual orang kuat KLFW sendiri, Andrew Tan.
Apakah highlight utama KLFW tahun ini?
Kami menukar formatnya, lebih segar. Kami melakukan rombakan besar apabila ia dilangsungkan selama tujuh hari dan di lokasi berbeza setiap hari. Malah acara tahun ini juga disertai 70 orang pereka fesyen dan jenama, ada yang baru dan ada yang sudah berpengalaman. Ada juga yang sudah lama menyepi membuat kemunculan kembali.
Selain itu samsung juga menganjurkan KL10 Designer Search yang mana tiga pemenang utama akan berpeluang mementsakn koleksi mereka dan juga dijual secara eksklusif di Isetan the Japan Store.
Selain dilangsungkan di tujuh lokasi berbeza, apa lagi kelainan KLFW tahun ini?
Tahun demi tahun KLFW mendapat perhatian, ada masanya tular dan sensasi. ia satu acara yang sangat diraikan. Dan di sebalik kisah-kisah sensasi, tahun ini saya mahu fokus ditujukan kembali kepada rekaan, hal-hal kreatif dan objektif utamanya iaitu masa depan fesyen. Saya mahu yang datang benar-benar merasai satu pengalaman fesyen, mahu yang datang dan pereka sendiri merasakan acara tahun ini lebih bermakna. Harapnya semua akan teruja sama seperti mana yang kamia rasakan.
Selain KLFW, kita punya beberapa minggu fesyen lain. Bagaimana kamu melihat situasi dan perkembangan ini?
Ia sesuatu yang menarik sebenarnya. Hala tuju KLFW dari dulu lagi memang memberi fokus kepada jenama lokal dan inovasinya, jadi hal-hal ini yang menjadi satu hiburan, keterujaan dan satu bahan pamer yang menarik buat kelompok fesyen kita.
Jika bajet bukan isu atau halangan, bagaimana kamu akan anjurkan KLFW di masa hadapan?
Ini soalan yang paling menarik setakat ini. Jika bajet bukan isunya, saya akan bina tiga khemah (tent) besar dengan pencahayaan nan mega, sistem LED, bunyi-bunyian berbeza agar kita dapat sajikan tiga pengalaman berbeza sepanjang minggu.
Dari pengamatan saya, sesetengah pereka yang mementaskan koleksi mereka di KLFW gagal untuk merealisasi atau memanjangkan koleksi mereka untuk dipasarakan. Apa pendapat kamu dan bagaimana untuk menyelesaikan isu ini?
Ini adalah bahagian yang paling mencabar bagi setiap pereka, ada yang mencuba, ada yang tidak. Tiada solusi mudah. Ada pereka ada kekangan kewangan, masalah kerjasama, isu peridbadi, perubahan arah tuju perniagaan malah ada juga yang tak pasti dengan rekaan sendiri. Kita cuba untuk faham situasi mereka dan kita terbuka berkongsi
Sewaktu KLFW berlangsung berapa jam kamu tidur sehari memandangkan kamulah orang paling sibuk?
Saya cuba tidur selama mana yang boleh, dan sebenarnya waktu tidur saya lebih singkat sebelum tibanya KLFW berbanding sewaktu ia berlangsung.
Siapa pengaruh terbesar dalam hidup kamu?
CEOs di LinkedIn. Saya sentiasa teruja dan terinspirasi dengan idea kreatif, cara mereka merancang, etika kerja dan disiplin serta bagaimana mereka menyeimbangkan antara kesihatan mental, fizikal dan juga kehidupan peribadi termasuk keluarga.
Apakah harapan kamu kepada orang-orang dan pengikut fesyen di Malaysia?
Saya berharap orang kita akan membeli sekurang-kurangnya satu item hasil rekaan pereka kita sebulan sekali. Stop buying more- but buy ‘less with more’.
BACA: 7 Hari dan 7 Lokasi Berbeza, Dimensi Baharu Kuala Lumpur Fashion Week