Selepas bergelar duta global PUMA, Rosé kini mempersembahkan buah tangan pertamanya, koleksi PUMA x ROSÉ yang dijangka jadi must-have untuk para peminat fesyen dan sneakerheads!
Selepas rasmi menjadi duta global dan kolaborator PUMA pada 2024, Rosé kini kembali dengan kejutan besar, pelancaran koleksi penuh pertamanya, PUMA x ROSÉ. Koleksi serba monokrom ini bukan sekadar fesyen, tapi cerminan personaliti dan cita rasa Rosé sendiri.
Daripada asas oversized yang selesa, potongan feminin yang sofistikated hinggalah sentuhan tailored sporty ala PUMA, setiap helaian dalam koleksi ini sarat dengan karakter Rosé. Lebih menarik, ada grafik khas “ROSIE” dan dua versi baharu kasut PUMA Speedcat yang pasti jadi rebutan peminat sneakers.
Kempen visual koleksi ini pula tampil penuh dreamy, berlatarkan pemandangan hijau yang menenangkan, seakan menghidupkan sisi lembut Rosé.
“Koleksi PUMA x ROSÉ ini sangat istimewa kerana ia benar-benar mencerminkan siapa diri saya, di atas dan di luar pentas. Saya mahu setiap helaian memberi rasa pemberontakan senyap dan keberanian untuk jadi diri sebenar,” kongsi Rosé.
Koleksi ini juga memperkenalkan Speedcat Ballet dengan ikatan tali ala pointe dan Speedcat OG Premium dengan rekaan tali yang bold. Bagi pakaian pula, Rosé memberi nafas baru pada trek suit ikonik PUMA menerusi Oversized Track Jacket dan Relaxed Track Pants, dilengkapkan dengan Mesh Top grafik besar di belakang. Sebagai pemanis, aksesori Micro Grip ditampilkan dalam bentuk playful dan fun.
Koleksi PUMA x ROSÉ mula dijual 28 Ogos dengan harga antara RM185 hingga RM599, boleh didapati di PUMA.com, butik PUMA, JD Sports, ATMOS, Sole What, Undefeated dan Foot Locker.
Baca:
Kumpulan KATSEYE dan 5 Selebriti Ini Menghiasi Kempen Ogos 2025
Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan Ogos, Antaranya Kolaborasi Bersama Donut?