Levi’s® melancarkan kempen terbaru ‘Keep it Loose’, dan menggunakan suara dua figura ikoniknya iaitu bintang pop Korea Selatan, ROSÉ dan juga jaguh sukan bola keranjang, Shai Gilgeous-Alexander.
Kempen ini menampilkan himpunan Loose Prep sebagai koleksi utama dan trend penting dalam himpunan musim luruh/dingin 2026. Inspirasinya ringkas, dihasilkan daripada gaya klasik prep yang diterjemah semula menerusi siluet yang lebih longgar, selesa dan lebih versatil dalam idea suai-padan yang lebih variasi.

Menariknya tentang kempen ini, dua bintang Levi’s® ini diberikan ruang untuk menata gaya diri mereka sendiri. Dengan cara ini ia menyerlahkan idea yang gaya kita tidak semestinya terhad kepada satu-satu peraturan semata. Kita seharusnya rasa bebas dalam berfesyen. ROSÉ dan Shai Gilgeous-Alexander masing-masing diberikan helaian Loose Prep, dan mereka menterjemah gaya peribadi menerusi idea suai padan yang dapat dilihat menerusi kempen ini.

Bagi ROSÉ, cara ini memberikannya ruang menonjolkan stail ringkas namun masih malar segar dengan mengangkat semula perincian serta teknik lapisan (layering) yang unik. Manakala bagi Shai, ia menyerlahkan gaya longgar yang santai bersahaja – kemunculan yang menjadikan penggayaan mudah kelihatan begitu bersahaja.
IDEA PADANAN ROSÉ & SHAI
Padanan pada Shai Gilgeous-Alexander menampilkan 501® Loose dan Baggy Barrel. Penampilan ROSÉ pula merangkumi padanan Loose Taper, Loose Boot dan rangkaian helaian baju Loose Prep, yang dilapisi (layering) dan dipadankan dengan cara tersendiri.
Kempen global ini merangkumi filem berdurasi 30 saat dan 15 saat yang diiringi lagu klasik EPMD, “You Gots to Chill,” lagu hip-hop ikonik era lewat ‘80-an hingga awal ‘90-an yang menyerlahkan keaslian budaya serta karakter dalam kempen ini.
Kempen ini dirakam oleh jurugambar dan pengarah dari Britain, Mel Bles, dengan sinematografi oleh João de Botelho serta rekaan set dihasilkan Spencer Vrooman.
Kempen Keep it Loose ini mula dilancarkan pada 4 Ogos 2026 dimana koleksi terbaru ini boleh didapati di semua butik Levi’s® seluruh negara serta menerusi levi.com.my




