Kim Kardashian, Nicole Kidman, Naomi Campbell, Dua Lipa, Bella Hadid dan Christine Quinn antara selebriti dan model untuk Koleksi Couture ke-51 Balenciaga di Paris.
Pada hari Rabu kelmarin, jenama fesyen Balenciaga melancarkan Koleksi Couture ke-51 mereka pada minggu Paris Haute Couture dengan sedikit kejutan daripada beberapa wajah terkenal. Kim Kardashian, Nicole Kidman, Dua Lipa dan Christine Quinn antara selebiriti yang menyertai supermodel Bella Hadid dan Naomi Campbell dalam menggegarkan landasan fesyen.