H&M mengumumkan kolaborasi terbarunya yang menyaksikan jenama fesyen Sweden ini bekerjasama dengan pereka fesyen tersohor India, Sabyasachi.
Preka dan label ikonik India, Sabyasachi yang cukup terkenal dengan rekaan moden bernuansa elemen tradisonal India menjadi pilihan H&M untuk kolaborasi yang bakal dilancarkan esok. Koleksi ini menyaksikan nadi-nadi rekaan yang eklektik dengan pengaruh bohemian yang beradun dengan kemewahan tekstil dan sejarah seni rekaan India, elemen tradisional dan moden disatukan. Hasilnya lahirlah satu koleksi yang sangat meriah bermain dengan warna, corak dan tekstur. Sabyasachi x H&M menawarkan koleksi lengkap buat lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pakaian juga aksesori seperti kasut, beg dan perhiasan diri.
“Saya gembira apabila diberi peluang untuk mengembangkan estatik Sabyasachi dengan lebih luas, bukan Sahaja di India malah seluruh dunia. Dek kerana pandemik Covid-19, koleksi ini terpaksa ditangguhkan dulu namun saya sangat teruja untuk mengeluarkan koleksi ini, satu himpunan sedia pakai yang relaks namun sofistikated dan glamor,” kongsi Sabyasachi.