Mel & Molly teruja menjalinkan kolaborasi bersama Yaya Zahir. Hos TV, usahawan, pencipta kandungan kreatif dan ikon fesyen, Yaya Zahir menzahirkan kerjasama kreatif bersama Mel & Molly melalui pengenalan rangkaian aksesori dalam variasi ilham dan tujuan. Pengaruh Yaya Zahir dalam media sosial tidak dinafikan lagi. Anak-anak muda khasnya, memandang tinggi Yaya Zahir sebagai ikon fesyen masa kini. Juga pencapaiannya dalam dalam perniagaan fesyen dan lapangan digital.
Memegang portfolio yang kukuh, Yaya ada menunjukkan ‘hint’ tentang kolaborasinya bersama Mel & Molly beberapa hari sebelum tarikh rasmi pelancaran YZXMM. Memberi petunjuk kepada pengikut Instagram-nya, rekaan apakah yang menanti pengikut-pengikutnya.
Kolaborasi sulung ini hadir tepat pada masanya. Di era, trend ‘streetwear’ masih mendominasi, YZXMM memperkenalkan beberapa aksesori, seperti topi bucket, stoking, kaca mata, sniker, kasut bertumit, beg tote dan ‘shoulder bag’. Tidak mengkhususkan sebarang gender, aksesori-aksesori boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan. Bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Setiap rekaan yang terkandung diteliti dan dipantau Yaya sepanjang menjalani proses penciptaan. Dari awal perbincangan sehinggalah lahirnya YZXMM. Sebelum terjadinya krisis pandemik, Yaya dan jenama Mel & Molly sudah memulakan kerjasama. Dengan menentukan pilihan warna, reka bentuk dan sebagainya. Termasuklah pakej dan bungkusan yang akan diterima oleh mereka yang membeli produk YZXMM.
Khusus Koleksi ini, YZXMM menemukan ilham gaya jalanan sepenuhnya. Elemen kesukanan turut memaut hebat pada beberapa rekaan. Terutamanya, topi bucket, sniker dan ‘shoulder bag’ yang cukup bold penciptaannya. Gaya-gaya harian berupaya dipertingkatkan dengan menyisip rekaan-rekaan YZXMM sebagai pelengkap gaya. YZXMM boleh didapati dengan pembelian di butik-butik FashionValet dan secara online.
Artikel berkaitan: Lonchamp Lancar E-Dagang di Malaysia Dengan Beg Eksklusif