Swarovski kembali dengan Koleksi Gema versi Ramadan 2026 untuk menyambut semangat ‘Kongsi Kegembiraan’.
Nyalakan Ramadan anda dengan koleksi baru Swarovski menampilkan 3 bintang tempatan terkenal iaitu Eyka Farhana, Mimi Lana, and Sharifah Rose. “Kongsi Kegembiraan” bukan sekadar tema, tetapi satu peringatan bahawa kebahagiaan menjadi lebih bermakna apabila diraikan bersama.
Setiap daripada mereka menampilkan interpretasi tersendiri terhadap keanggunan, keyakinan dan feminiti pada setiap Koleksi Gema serta memancarkan detik-detik memberi, berkumpul bersama yang tersayang, serta menzahirkan penghargaan melalui gerak-geri yang bermakna.

Swarovski memperkenalkan Koleksi Gema seperti yang dilihat pada Eyka Farhana. Melingkupi rantai leher, gelang tangan, anting-anting serta cincin koktel yang mempersona, mempaparkan ciri-ciri seni Gema. Rupa halus dan keluaran warna pallet baharu warna hijau dan biru di dalam tetapan logam keemasan hangat, serta-merta mengubah personaliti koleksi ini.
Eyka Farhana, dengan kemodenan dan keseriannya, terus dapat mengekspresikan keindahan setiap perhiasan dengan harmoni, sempurna untuk menceriakan lagi Ramadan dan juga Raya 2026.
Sebagai wajah bagi kempen ini, Eyka Farhana menghidupkan Koleksi Gema Ramadan dengan sentuhan moden yang elegan dan pesona yang bersinar. Gayanya yang yakin namun lembut menyerlahkan bentuk ekspresif, permainan warna yang seimbang, serta ketelitian dalam pertukangan yang menjadi inti koleksi ini dan menjadikannya pilihan sempurna untuk menyerikan momen berbuka, majlis istimewa dan sambutan Aidilfitri dengan sinaran yang penuh makna.

Radiant Rose Gold-Tone seperti yang dilihat pada Mimi Lana pula, tampil menonjol dengan rantai leher Mesmera dan gelang tangan barisan Swarovski Zirkonia yang berkilau. Tidak lupa juga, padanan harmoni antara gelang Sublima dan gelang Matrix menjadikan koleksi ini lebih bermakna untuk menyambut perayaan kali ini dengan penuh elegan.
Mimi Lana juga melengkapkan gaya dengan anting-anting Constella drop, menampilkan dancing stone yang dipatenkan membolehkan Swarovski zirkonia bergetar secara berterusan mencipta gerakan menari. Cincin Matrix dan Stilla saling melengkapi dengan menonjolkan warna merah jambu lembut, menciptakan hasil akhir yang halus dan penuh cinta.
Setiap helaian dalam koleksi ini direka untuk menyerlahkan keanggunan feminin, sesuai untuk dipadankan dengan pakaian tradisional ataupun moden. Koleksi Swarovski ini bukan sahaja menambah seri pada penampilan, tetapi juga mencerminkan kegembiraan, kasih sayang, dan keindahan untuk dikongsi bersama keluarga serta sahabat tersayang.

Memberi maksud baru kepada musim perayaan, Sharifah Rose mengenakan koleksi pilihan, bersalut rodium yang dipilih khas. Rantai yang dipakai merupakan salah satu daripada koleksi Una Angelic Strandage. Memikat dengan gerakan yang halus dan lapisan bercahaya, dipadankan dengan loket Constella lengkap dengan dancing stone.
Kilauan klasik gelang Matrix Tennis bersama gelang Constella, cincin Hyperbola dan desain Una berbentuk hati membuat tangannya Sharifah Rose nampak lebih menyerlah. Untuk memberikan sentuhan kemasan yang lebih elegan, kerongsang Matrix, yang dibentuk dalam bentuk titisan hujan yang berkilau, menambahkan kemewahan kepada kedua-dua jenis pakaian perayaan, yang moden ataupun tradisional.
