Enam selebriti ternama tampil berkilauan dalam kempen Swarovskiyang membawa mesej kebersamaan dan bersatu hati.
Jika sebelum nama-nama besar seperti Neelofa, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah menjadi pilihan, tahun ini dengan mesej kebersamaan, enam selebriti baik baru mahupun yang lama disatukan. Scha Alyahya, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Sharifah Rose, Qasrina Krim dan bintang seberang, Raline Shah menjadi wajah penyeri kempen Swarovski sempena lebaran tahun ini.
Rekaan aksesori dari koleksi Constella, Luna, Una, Matrix, Millenia dan Imber dipilih secara detil demi menyuaikan dengan tema Aidilfitri. Tatahan batu yang ratanya berona hijau menjadi antara highlight utama dalam kempen ini.
Koleksi Constella misalnya didominasi dengan kristal hijau yang mana warna ini amatlah sinonim dengan suasana lebaran. Dipadankan dengan asas metal emas, gandingannya menyerikan penampilan.
Luna pula mendefinisi ‘imej’ Hari Raya menerusi rekaan lekuk bulan. Dan bentuk ini diabadikan pada rekaan cincin, juraian anting-anting dan juga sebagai loket rantai.
Bagi yang sukakan rekaan yang lebih bold, Millenia sempurna untuk anda. Selain pada pilihan warna kristal hijau terang, saiz kristalnya juga lebih besar dan menonjol.
Imber pula bagi anda yang mahukan gaya yang lebih lembut, bila mana himpunan Swarovski ini didominasi dengan tatahan batu kristal merah jambu. Selain lebih feminin, saya rasa koleksi ini nampak lebih muda namun masih bersifat timeless.
Bagi anda yang mahu mendekati koleksi ini, selain ebrkunjung ke butik Swarovski, boleh juga ke ruang legar Pavilion Kuala Lumpur kerana Swarovski melancarkan activation eksklusif di sana sempena Aidilfitri tahun ini. Atau layari sahaja laman sesawang Swarovski di pautan INI!