Calvin Klein Hangatkan Asia Dengan Kempen Fall 2026 Dibintangi Sea Tawinan
Calvin Klein sekali lagi mengangkat definisi sensualiti moden menerusi kempen Fall 2026 di Asia dengan mempertaruhkan aktor Thailand, Sea Tawinan, sebagai wajah utama koleksi pakaian dalam ikonik jenama itu. Berteraskan idea bahawa keyakinan bermula dari dalam, kempen ini menampilkan SEA dalam visual minimalis yang menyerlahkan karisma, aura maskulin dan gaya yang cukup sofistikated.
Untuk musim ini, Calvin Klein memperbaharui koleksi pakaian dalam signaturnya dengan fabrik dan kemasan yang lebih premium demi keselesaan maksimum serta gaya yang lebih versatil. Antara yang menjadi tumpuan ialah Brushed Micro Metallic Underwear dengan potongan kontur serta jalur pinggang berlogo metalik, CK Black Print Underwear yang diberi nafas baharu menerusi corak penuh, Icon Cotton Script Underwear dengan logo berinspirasikan warisan jenama, dan Microfiber Trunk yang menggunakan fabrik mesh bernafas untuk keselesaan sepanjang hari.
Lebih menarik, koleksi pakaian dalam ini digayakan bersama helaian denim kasual Calvin Klein seperti Embossed Overshirt, Baggy Jeans dan Flare Jeans, memperlihatkan jalur pinggang ikonik Calvin Klein sebagai elemen gaya yang cukup sinonim dengan identiti jenama itu.
Kempen Calvin Klein Fall 2026 mula dilancarkan di seluruh Asia pada 11 Ogos 2026 menerusi platform digital dan saluran media sosial rasmi jenama itu. Keseluruhan koleksi kini boleh didapati di butik Calvin Klein serta platform dalam talian di seluruh rantau Asia.
Baca: Foto-Foto Ling Ling Kwong Untuk Kempen Terbaru Calvin Klein









