Sabrina Carpenter mengeluarkan video muzik, ‘Please, Please, Please’ bersama kekasihnya Barry Keoghan. Meraih jutaan penonton, gaya Sabrina yang variasi mencuri perhatian fashionista seluruh dunia!
Sabrina Carpenter dan Barry Keoghan melancarkan hubungan percintaan mereka di Met Gala tahun ini dan kini, mereka mengikuti tradisi pasangan Hollywood iaitu membuat video muzik bersama. Barry membintangi sebagai lelaki jahat kepada gadis baik, Sabrina dalam video untuk single baharunya yang diterbitkan oleh Jack Antonoff, ‘Please Please Please’.
Selain pelancaran hubungan Sabrina dan Barry, gaya fesyen Sabrina dalam video muzik itu juga benar-benar menangkap mata. Thanks to her stylist, Ron Hartleben. Jom kita lihat gayanya secara terperinci!
Kesilapan membawa anda untuk mengenali diri anda dengan lebih baik. Jika saya tidak memakai pakaian yang mengerikan yang saya pakai semasa saya berumur 13 tahun, saya tidak rasa saya akan menjadi orang yang sama seperti saya hari ini. – Sabrina
Kot Berbulu
Dalam video muzik itu, Barry ditangkap oleh polis dan Sabrina mengikat jamin untuk kekasihnya keluar dari penjara lalu menjemputnya dengan kereta sebanyak dua kali.
Kali pertama mengambil Barry di penjara, Sabrina menggayakan tank top putih, skirt ber-ribbon dan kot berbulu berona fuchsia rekaan Alexandre Vauthier.
Kali kedua dia mengikat jamin Barry pula, Sabrina menyarung gaya yang hampir serupa, tetapi dalam warna kuning neon.
Dia melengkapkan kedua-dua penampilan dengan seluar ketat dan platform tinggi.
Gaun Mini Berhoodie
Dalam adegan lain, Sabrina melawat Barry di dalam penjara sambil menyalurkan glam Hollywood Lama. Sabrina menyarung gaun mini biru berhoodie rekaan Alaïa.
Dia memakai cermin mata hitam ‘cateye‘ dan sarung tangan opera untuk melengkapkan gayanya.
Gaun Mini Korset Merah
Outfit of the show! Sabrina kelihatan seksi menggoda, menyarung gaun korset merah menjerit rekaan Dilara Findikoglu. Melengkapi gayanya, Sabrina menyarung stokin jarang panjang.
Sabrina berhati-hati dalam pemilihan aksesori, memilih gaya lebih minimalis untuk menonjolkan gaun korsetnya itu.
Jaket Kulit
Wow oh wow, saya amat meminati kesemua gaya Sabrina dalam video muziknya. Dalam adegan ini, Barry ditangkap polis kembali kerana perbuatan jahatnya diketahui.
Memperlihat Sabrina memakai kustom Coach, sepasang pakaian dalam kulit berenda dan dibaluti dengan jaket kulit oversize.
Stail ‘Preppy‘
Adegan ini pula dimana Barry mengajaknya merompak bank, Gaya sabrina tidak mudah kalah. Dia menyarung kemeja cropped putih daripada The Frankie Shop, dipadankan dengan skirt mini Alexander Wang dan platform tinggi bercorak harimau bintang rekaan Giuseppe Zanotti.
Apa yang saya perasan, Sabrina memakai stokin jarang panjang sebagai aksesori statementnya. Lihat saja kesemua gayanya dalam video muziknya, pasti dilengkapi dengan stokin itu.
Gaun Cut-Out Putih
Menjelang penghujung video, Sabrina kelihatan sungguh elegan, menyarung gaun tanpa lengan berona putih suci rekaan Defaience, amat sesuai dengan wajahnya yang innocent.
Memiliki potongan asimetri besar di bahagian perut, gaun ini mencerminkan watak Sabrina yang nampak baik dengan renjisan menggoda.
Baca: Gaya Dua Lipa Paling ‘Voguish’ Sepanjang Konsert Jelajah Dunianya