Teks : Muzammin Muzlan
Era Paris Hilton sudah berakhir! Wanita kini lebih berani bereksperimentasi sama rekaan fesyen nan unik untuk tampil segar dan relevan, tanpa kelihatan terlalu mencuba.
“Seksi itu membosankan,” bilang rakan rapat saya sambil menghirup secangkir kopi panas. Saya bersetuju. Tiada lagi gaun sendat Herve Leger yang menonjolkan lekuk tubuh. Tapi saya melihat masih ramai wanita yang mahu berpakaian menjolok mata sehingga kelihatan seperti terlalu mencuba untuk menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi gadis muda yang mengagungkan stail milik bintang realiti dan mogul kecantikan, Kylie Jenner.
It’s time to move on!
Tidak salah untuk wanita berasa seksi, tapi pastikan ia disulami atitude cool girl. Rihanna adalah definisi tepat menterjemahkan revolusi gaya ini. Bermula dengan padanan baju cropped keemasan dan seluar denim low-rise untuk muzik video debut Pon De Replay. Kini dia adalah ikon fesyen yang tidak gentar mencabar sempanan gaya. Gaun avant-garde Comme des Garçons di Met Gala 2017 mahupun desain ekskslusif Armani Privé di Anugerah Grammy 2017 membuktikan dia adalah kameleon juga game-changer yang berani menyatukan imej seksi dan attitude cool girl paling berkesan.
Pentas peragaan musim bunga/panas 2018 turut menyaksikan ajnas rekaan ugly-chic yang lantas sudah tentu akan menjadi rebutan peminat fesyen sebenar. Kaca mata, tas tangan dan sudah pasti kasut antara aksesori yang bakal mencuri tumpuan dengan seleksi desain yang unik dan boleh dikatakan ‘hodoh’ oleh label-label fesyen utama. Balenciaga kini menjuarai rekaan kasut yang unik diikuti dengan sniker berinspirasi Aladdin di pentas Loewe. Tidak terhad kepada aksesori sahaja, pereka juga menghadirkan gaun dalam rekaan yang pelik seperti di pentas Christopher Kane, Thom Browne, Proenza Schouler dan Moschino.