A|X Armani Exchange yang terkenal dengan rekaan yang ringkas dan moden namun sleek kini menyambut ulang tahun yang ke-20 dalam mewarnai dunia fesyen. Seiring dengan pencapaian membanggakan itu, A|X turut melancarkan kempen pengiklanan “Style Festival” sempena musim bunga 2011 sekaligus membawa peminatnya melayari adventure yang menekankan kebebasan dalam kehidupan!
Paling menarik, A|X bukanlah satu-satunya jenama yang tergolong di bawah kumpulan Armani. Ada pelbagai lagi jenama lain yang membawakan rekaan fesyen, aksesori, kaca mata, jam tangan, haruman dan kosmetik serta hiasan rumah diperkenalkan kumpulan itu. Jenama yang dimaksudkan adalah Giorgio Arman prive, Giorgio Armani, Armani Collezioni, Emporio Armani, A|X Armani Jeans, EA7, Armani Junior, Armani Baby dan Armani Casa.
![]() |
Memandangkan tahun 2011 menjadi detik besejarah buat A|X, 20 selebriti tempatan turut dipilih untuk menjayakan kempen ini. Atas dasar personaliti, kejayaan dan pembawaan imej yang dizahirkan, kesemua selebriti itu diberi penghormatan untuk menggayakan koleksi terbaru A|X. |
Namun begitu, usah lepaskan peluang untuk menyaksikan klip video belakang tabir sebahagian daripada sesi fotografi bagi kempen Ulang Tahun A|X ke-20 yang diadakan baru-baru ini.