Deepika Padukone
Pabila menyentuh soal look etnik yang paling membanggakan, satu nama yang akan serta merta timbul adalah Deepika Padukone. Aktres ini baru-baru ini menghadiri sebuah majlis dengan penampilan etnik yang cukup elegan dan memikat hati ramai. Sempena bulan perayaan Diwali ini, dia memilih untuk mengenakan saree berona merah silk berserta blouse. Saree tersebut digayakan dengan rantai, anting-anting dan gelang tangan emas. Melengkapkan gayanya, Deepika menambah gincu berona nude dan berambut bun lembut.