Sonam Kapoor
Sonam Kapoor terkenal sebagai ikon stail dengan satu sebab. Dengan deria fesyennya yang sempurna dan bercitarasa yang unik dalam penampilan, diva ini pastinya seakan menjadi satu trendsetter dalam generasi terkini. Sonam berkongsi gambarnya di Instagram di mana dia menggayakan lehenga berona off-white dengan bermotifkan rona keemasan. Rambutnya didandan bun rendah, dia melengkapkan look bersama maang tika tradisional emas dan coker.