Pabila tiba sahaja acara anugerah besar-besaran, apa yang dinantikan sudah pastinya acara karpet merah untuk melihat gaya dan stail selebriti ternama Hollywood yang hadir memeriahkan lagi malam anugerah buat industri hiburan.
Mungkin sesetengah menganggap yang seksi itu bergantung pada sifat seseorang, tetapi sebenarnya ia juga terpancar menerusi pakaian, personaliti, kebijaksanaa, bentuk tubuh serta cara seseorang itu menonjolkan aura seksi itu sendiri.
Tahun ini, acara Golden Globes 2017 boleh kata penuh dengan trend gaya seksi memukau. Tidak kira dari busana mahupun solekan yang dipilih kala melayari karpet merah acara berprestij ini, kedua-duanya boleh menjadikan seseorang itu tampak seksi.
EH! himpunkan gaya selebriti paling seksi di Golden Globes 2017.
Kristin Cavallari
Selebriti manis ini tampil seksi dengan busana potongan bodycon. Rekaannya di bahagian leher dihasilkan dengan konsep plunging neckline dan ini yang menampakkan gaya Cavallari lebih seksi.
Mandy Moore
Aktres juga penyanyi popular ini kelihatan seksi dengan busana potongan plunging neckline berona biru Navy.
Kristen Bell
Aktres filem Bad Moms ini hadir dengan busana serba hitam bermaterialkan sequin serta potongan plunging necklines.
Priyanka Chopra
Selebriti popular dari Bollywood ini kelihatan seksi dengan solekan vampy pilihannya iaitu dengan rona gincu maroon gelap.
Olivia Culpo
Olivia tampil dengan solekan mata yang lebih gelap gothic untuk serlahkan gaya seksi.
Gal Gadot
Aktres filem siri Fast & The Furious ini tampil seksi dengan busana yang mempunyai belahan sehingga bahagian peha.
Jessica Biel
Jessica hadir dengan busana thigh-high slit serta menyerlahkan gaya urban itu menerusi solekan minimalisnya.
Elsa Pataky
Isteri kepada Chris Hemsworth ini tampil dengan busana bermaterialkan lace jarang serta dipadankan dengan choker berona silver.
Nicole Kidman
Aktres ini tampil dengan pakaian bermaterialkan jarang. Ini sekaligus menghidupkan aura seksi Nicole di Golden Globes 2017.