Acara gemilang Mnet Asian Music Awards 2016 (MAMA 2016) telah pun berlangsung dengan gemilangnya yang mana menjadikan BTS, EXO dan TWICE menang besar di majlis penganugerahan ini.
Bangstan Boys (BTS) memenangi anugerah Artis Terbaik dan Persembahan Tarian Terbaik (Kumpulan Lelaki). EXO pula mendapat Album Terbaik untuk empat tahun berturut-turut.Mereka juga berjaya membawa pulang tiga anugerah keseluruhannya berserta Kumpulan Lelaki Terbaik.
Anugerah Lagu Terbaik serta Kumpulan Wanita Terbaik pula menjadi milik TWICE. Pabila berlangsung majlis rasmi sebegini, apa yang dinantikan peminat pastinya gambar selebriti kegemaran mereka ketika di hamparan merah yang mana rata-rata menjadi tarikan lensa kamera para media.
EH! himpunkan gambar selebriti K-POP paling bergaya di MAMA 2016 buat inspirasi anda.