Hari bapa bakal diraikan hujung minggu ini, masa untuk menunjukkan kasih sayang dengan bingkisan istimewa buat bapa anda. EH! bariskan idea hadiah terbaik yang pasti disukai para lelaki!
Terre D’Hermes Eau De Toilette
Baunya cukup segar dan maskulin. Terre D’Hermes menonjolkan aroma yang penuh dengan tarikan tersendiri hasil adunan limau gedang, cedar dan batu api. Botolnya kelihatan biasa dilihat seperti haruman lain tetapi apabila anda teliti, ia sebenarnya berbentuk huruf ‘H’. Unik bukan?
Haruman segar ini pastinya pilihan terbaik untuk bapa yang sukakan haruman lebih kepada alam semulajadi. Terre D’Hermes boleh didapati di butik Hermés dan secara eksklusif di kaunter Hermés di Parkson Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Seibu, The Exchange TRX. Ia dijual pada harga RM539 (50ml), dan RM712 (100ml).
Sandro Square Cross Coated Canvas Backpack
Bagi bapa yang bekerja, bag sandang ialah item paling yang paling berguna buat mereka. Beg daripada Sandro ini benar-benar kelihatan eksklusif.
Beg kanvas ini dihiasi dengan corak square cross, butiran kulit dan logo Sandro timbul dalam cetakan perak, menampilkan penutup bag dengan buckle boleh laras, pemegang bersalut kulit, poket penyimpanan dalaman dan tali bahu berlapik dengan stopper logam.
Giorgio Armani Two-Toned, Reversible Leather Belt
Jenama fesyen terkenal dari Itali ini hadir dengan item yang minimalis, pasti sesuai dengan bapa! Tali pinggang juga antara item yang akan diguna oleh lelaki selagi tidak rosak dan lusuh.
Two-toned, reversible leather belt ini hadir dalam kulit lembu licin dan mempunyai buckle logam dengan logo GA. Jadi apa kata belikan bapa anda tali pinggang baharu, pasti mereka akan suka dan menghargainya!
Giorgio Armani Leather Card Holder
Jika bapa anda seorang yang tidak suka membawa dompet tebal dan sukakan gaya minimalis, saya percaya dia akan sukakan card holder daripada Giorgio Armani ini.
Alternatif minimalis kepada card holder ini diperbuat daripada kulit lembu, dalam reka bentuk yang cukup tipis untuk mudah dimasukkan ke dalam poket.
Royal Selangor Woodland Gift-boxed Shaving Set.
Tingkatkan rutin pagi bapa anda dengan set pencukur Woodland yang elegan. Set ini kelihatan sungguh eksklusif, dihiasi dengan oak dan elm bermotifkan daun.
Set ini hadiah hari bapa yang paling ideal, dapat menambah sentuhan kecantikan abadi kepada ritual harian mereka.
Birkenstock ZÜRICH TECH
Buat bapa yang gemarkan gaya santai, sudah pastinya ini mampu buatkan bapa anda tersenyum menghargai jika anda menghadiahkan sandal Birkenstock ini. Dicipta dengan tumpuan pada utiliti, ZÜRICH TECH ialah sandal dengan siluet baharu, menggabungkan fungsi dan reka bentuk dengan lancar untuk melangkah ke masa hadapan.
Ia menetapkan Original Birkenstock Footbed dalam konteks kontemporari baharu dan mentafsir reka bentuk tersendiri ikon melalui lensa hari ini, enam dekad yang mengagumkan sejak pelancaran pasaran pertamanya.
Sandal futuristik ZÜRICH TECH ini amat sesuai bagi bapa yang sukakan fesyen yang selesa dan santai. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih antik dan biru ultra. Semua tiga gaya itu boleh didapati online di BIRKENSTOCK Malaysia.