Sempena Merdeka 2025, jenama-jenama tempatan meraikan identiti dan warisan Malaysia melalui koleksi istimewa, moden, tradisi dan penuh makna. EH! senaraikan 5 pilihan untuk anda.
Sempena sambutan Merdeka 2025, pelbagai jenama tampil meraikan identiti dan warisan tempatan melalui koleksi istimewa yang diinspirasikan daripada Malaysia. Dari rekaan moden bercampur tradisi hingga sentuhan kontemporari penuh makna, inilah 5 jenama EH! sajikan.
Bayu Somerset
Merdeka tahun ini diraikan dengan penuh penghormatan terhadap tradisi dan budaya kita yang penuh warna-warni. Bayu Somerset tampil dengan empat rekaan busana eksklusif termasuk dua set khas untuk lelaki, antaranya Inara Kurung yang anggun dan Basil Shirt klasik, direka khas untuk anda meraikan gaya dengan penuh elegan.
MS. READ x Santan Studios
Bulan Malaysia kali ini, MS. READ meneruskan tradisi tahunannya dengan menonjolkan jenama tempatan yang diketuai wanita melalui kolaborasi istimewa. Tahun ini, mereka berganding bersama Santan Studio dari Kuching untuk menghasilkan kapsul edisi terhad yang meraikan kreativiti, ekspresi diri, dan kebanggaan budaya.
Kapsul sembilan helaian Tropical Fusion menampilkan tiga cetakan eksklusif Santan Studio yang diterapkan pada potongan ikonik MS. READ, direka menggunakan kapas bernafas untuk keselesaan dan gaya. Motif botani seperti daun monstera, arrowhead, iris dan lily memberikan sentuhan ceria yang meraikan kehijauan tropika Sarawak serta selari dengan trend pencinta tumbuhan masa kini.
BEHATI





Behati punya kecintaan mendalam terhadap busana tradisional. Dengan sentuhan inovatif, jenama ini mengangkat pakaian klasik menjadi karya moden yang memukau. Lebih daripada itu, misinya ialah menyatukan pelbagai budaya dalam satu adunan penuh warna, menggambarkan semangat Satu Malaysia.
Menerusi palet warna sofistikated dan rekaan yang diinspirasikan daripada kraf tempatan, koleksi ini menampilkan helaian statement yang benar-benar menyerlah.
Kapten Batik

Tahun ini, jenama batik terkenal Kapten Batik tampil dengan kelainan bersempena Bulan Merdeka melalui kolaborasi unik bersama jenama gaya hidup dan kopi popular, Kenangan Coffee. Hasil kerjasama ini melahirkan rangkaian produk edisi khas yang merangkumi t-shirt, tumbler, skarf dan pelbagai lagi item menarik.
Koleksi ini bukan sahaja meraikan seni batik dalam sentuhan moden, malah turut mengangkat semangat kebersamaan, kreativiti serta kebanggaan terhadap budaya tempatan dalam gaya yang segar dan kontemporari.
Mira Filzah





Aktres jelita yang sinonim dengan keayuan dan kesopanannya, Mira Filzah turut memperkenalkan skarf edisi Merdeka, Semarak Collection. Mengangkat Bunga Raya sebagai corak utama, koleksi ini hadir dalam enam pilihan warna eksklusif.
Baca:
Debut di KLFW 2025, Ini Rekaan Terbaik Pilihan EH!
Street Style Spotted Di Kuala Lumpur Fashion Week 2025
Si Bulus Sebagai Inspirasi, Ini Jenama Fesyen Yang Berkolaborasi Dengan Kucing