Sempurnakan look ratu sehari anda di hari bahagia dengan sepatu gemerlapan Cinderella dari Jimmy Choo.
Untuk tahun ini, jenama kasut terkemuka antarabangsa, Jimmy Choo menampilkan koleksi perkahwinan yang menawarkan rekaan serta stail yang cukup timeless dan klasik elegan, dari satin ivory ke glamor ala Hollywood yang bertatahkan batu kristal Swarovski, sandal metalik strappy single ke rekaan yang lebih berunsur fesyen.
Koleksi ini hadir dengan rona-rona lembut termasuklah dusty pink, ivory dan kilauan champagne dengan berciri-cirikan yang cukup mewah menawan ; bulu pelepah, bunga-bungaan, batu kristal Swarovski, renda, manik dan kemasan berkilau.