1.Zendaya
Bintang siri HBO Euphoria ini memang tak pernah menghampakan apabila melangkah di karpet merah. Zendaya kelihatan sangat elegan digayakan oleh Law Roach, memilih gaun peplum Valentino berwarna hitam dengan aksesori berlian Bulgari dan bow besar di rambutnya. Penampilan itu mempamerkan glamor Hollywood zaman dahulu yang diperbaharui.