Label tempatan, “SHALS” lancarkan rangkaian terbaharu ‘The Cargo Set’ hari ini, jam 8pm yang akan dijual di laman rasmi “SHALS”, (www.shals.com.my). Memperkenalkan set pakaian kargo secara sepasang (baju dan seluar), merupakan trend terkini bagi anak muda. Yang marak terlihat dikenakan sebagai trip gaya yang secara spontan memberi efek stylish. Siluet ‘oversized’ pada bahagian lengan baju dan seluar, mengeksplorasi kebolehan dalam tampilan yang beragam. Justeru, koleksi ini menyajikan tampilan segar dengan eksplorasi yang menarik.
Teknik pemakaiannya tidak rumit sama sekali. Mudah digayakan, seperti yang dicadangkan “SHALS” sendiri, pakainya ringkas secara sepasang. Seterusnya tingkatkan aspek fesyen dengan aksesori unik sebagai pelengkap gaya. ‘Less is more’ atau ‘more is more’, semuanya pilihan sendiri. Diserlahkan lagi, dengan padanan gaya rambut yang mengambil inspirasinya dari watak-watak gadis semasa, misalnya, Doja Cat, Kylie Jenner, Ariana Grande dan Hailey Baldwin.
Rangkaian ini dimodifikasi oleh “SHALS” dengan menggunakan material selesa, nyaman dan membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Maka itu, “The Cargo Set” sebaiknya bertindak sebagai penampilan tepat untuk dijadikan look harian. Juga selesa dipakai sepanjang waktu bekerja dari rumah. The new normal, bukan?
Butiran lain yang mengagumkan tentang rangkaian ini, ia juga diperbuat daripada fabrik bebas kedut. Tak perlu bimbang jika beraksi lasak kerana ia dijamin tidak akan kedut. It is crumple-free.
Hadir dalam tiga warna, hitam, putih dan jingga terang, untuk mereka yang memiliki variasi identiti gaya. Versatalitinya terletak pada kemahiran pemakai untuk menggayakannya dengan opsyen tersendiri. Create your own looks!
Artikel berkaitan: Doja Cat, The Future Face of Fashion