Kini, Alexander menetap di New York, sesuai mengikut kalander shooting buat drama TV Gossip Girl yang bakal disiarkan di HBO Max. Watak yang dilakonkan olehnya adalah gadis berasal daripada keluarga kaya, punya followers media sosial yang ramai dan semestinya Queen Bee di Upper-East-Side. Cuma lari daripada wajah tipikal, Julien Calloway ini dibiarkan berkepala botak, memberi edge dalam gaya Queen Bee! Gaya botak ini sebenarnya adalah identiti buat Alexander. Dia tidak mahu berambut dan mahu kekal botak sehingga kini.