Musim baharu dimulakan dengan pelancaran koleksi Simone Rocha X H&M. Satu permulaan yang baik. Ia merupakan lanjutan daripada projek tahunan H&M bersama pereka-pereka fesyen. Yang mana, sekelum ini, Marni, Moschino, Balmain, Kenzo dan Erdem antara yang diundang H&M untuk mengadakan kerjasama kreatif. Untuk tahun ini, giliran Simone Rocha pula.
Koleksi Simone Rocha X H&M telah memperlihatkan lookbook kolaborasi mereka dengan sepenuhnya. Tiada lagi tanda tanya. Istimewa untuk projek ini, Simone Rocha menghadirkan koleksi buat seisi keluarga. Ada koleksi untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, koleksi kapsul ini mendefinisikan signatur gaya Simone Rocha.
Identiti yang membentuk jenama Simone Rocha selama sepuluh tahun itu, terlihat jelas pada aspek-aspek yang memaut dalam rekaan yang terkandung. Ringkasnya, koleksi ini merupakan satu penghormatan Simone Rocha buat seni, sejarah serta jati dirinya.
Simone Rocha X H&M menyediakan himpunan atau gerobok pakaian untuk seisi keluarga. Ia menawarkan pakaian sedia pakai perempuan, lelaki sehinggalah untuk kanak-kanak, dan ini kali pertama Rocha mereka pakaian untuk lelaki juga kanak-kanak.
‘Pendukung’ utama koleksi ini merupakan kot trench klasik yang diperbaharui gayanya dengan butiran tambahan yang berfungsi sebagai penegasan gaya. Butiran mutiara pada kolar menyimbolkan estetika jenami Simone Rocha. Selain kot trench, kot tweed, gaun tulle, kardigan kait dengan perincian mutiara pada kolar, dress kembang, dan dress pendek antara helaian-helaian wanita Simone Rocha X H&M yang menjadi pilihan utama. Aksesori feminin, reben sebagai hiasan rambut mengindahkan lagi seluruh koleksi.
Tentang motif pula, floral dan tartan menjunjung hebat dalam koleksi ini. Pemilihan motif-motif tersebut bertujuan untuk ‘revisit’ koleksi Simone Rocha yang telah diasaskan sejak sepuluh tahun lepas. Kombinasi sedekad rekaan Rocha yang ikonik, dipertembungkan dengan nada gaya Romanticism dengan pengaruh klasik, lalu membentuk satu himpunan baharu lagi segar. Idea dan inspirasi yang membentuk jenama Simone Rocha selama sepuluh tahun itu, ditampilkan jelas pada setiap rekaan, sebagai lambang untuk meraikan kejayaan Simone Rocha dalam industri fesyen yang cukup cemerlang.
Pakaian lelaki pula, kebanyakkannya menawarkan rekaan klasik yang diperbaharui gayanya dengan butiran mutiara pada kolar, parka, baju panas kait, kemeja, kemeja T, sut dan blazer bercorak tartan tersedia dalam himpunan lelaki pertama Simone Rocha. Sungguhpun, sıfat-sifat klasik yang diketengahkan dalam pakaian lelakinya, namun nada gaya Romanticism menyemat hebat. Hasil kerja Jacob Lillis turut ditampilkan dalam koleksi Rocha kali ini, yang mana karya seninya dihiaskan pada permukaan pakaian sedia pakai. Misalnya, kemeja yang direka dalam tiga warna utama, yakni putih, hitam dan merah jambu.
Himpunan kanak-kanak pula membariskan pakaian yang menyalin semula rekaan pakaian dewasa, tetapi bersaiz kanak-kanak. Dress-dress kanak-kanak turut menggabungkan sifat klasik dan Romanticism, yang dilengkapi dengan perincian mutiara pada beberapa rekaan dan warna-warna yang ‘fun’. Aksesori kecil reben yang menjadi hidangan utama aksesori, merupakan hiasan tambahan yang comel, bersifat feminin. Menonjolkan lagi kecirian yang lazimnya terdapat pada pakaian kanak-kanak.
Lookbook the Simone Rocha x H&M menampilkan wajah-wajah semasa yang pernah menjadi sebahagian daripada jenama Rocha. Jess Maybury, Bimpe, Jan Baiboon, Tess McMillan, Jeremiah Berko antara yang menghiasi kempen tersebut. Semua imej ditangkap oleh jurugambar Ben Toms dan menggunakan khidmat penataan gaya oleh Robbie Spencer. Koleksi ini akan mula terjual pada 11 Mac 2021.
#SimoneRochaxHM #HMMalaysia
Artikel berkaitan: Le Pliage Cuir Ditambah Dengan Motif Lembu Comel