Swarovski membuka lembaran baharu penuh gemerlapan menerusi pembukaan semula butik ikoniknya di Suria KLCC, diraikan dalam sebuah petang eksklusif bersama EH! bersempena pelancaran kempen dan koleksi terbaharu, Swarovski Summertime 2026.
Berlangsung dalam atmosfera moden dan sofistikated, acara EH! x Swarovski menghimpunkan barisan tetamu jemputan, Siti Khadijah, EH!Sociates serta pembaca bertuah EH! dalam meraikan estetika baharu Swarovski yang lebih segar, playful dan penuh ekspresi diri. Ruang butik yang diberi nafas baharu menjadi latar sempurna buat para hadirin meneroka koleksi Swarovski Summertime dan FW26 secara lebih dekat.
Mengangkat inspirasi musim panas yang ceria, koleksi Swarovski Summertime tampil menerusi permainan rona candy-coloured, aksesori berhias charms buah-buahan serta rekaan berani yang mencerminkan semangat optimis dan kebebasan gaya. Setiap helaian aksesori membawa karakter tersendiri, fun, youthful dan effortlessly chic.
Acara turut diserikan dengan sesi bual fesyen eksklusif yang dikendalikan oleh Pengarang Kreatif EH!, Khairul Abidin bersama selebriti jemputan khas, Siti Khadijah menyentuh tentang evolusi gaya peribadi, kuasa aksesori sebagai penyataan identiti serta trend fesyen semasa yang semakin meraikan individualiti.
Dalam masa sama, EH!sociates turut berkongsi inspirasi gaya mereka menerusi interpretasi aksesori Swarovski dalam penampilan harian.
Sepanjang acara berlangsung, para tetamu menikmati sesi in-store cocktail dalam suasana santai namun penuh gaya, sambil mencuba sendiri koleksi terbaharu Swarovski yang mencuri perhatian menerusi kilauan kristal dan rekaan kontemporari yang cukup versatil.
Sebagai sentuhan akhir yang melengkapkan pengalaman eksklusif tersebut, pembaca bertuah EH! turut menerima cenderahati istimewa Swarovski bernilai RM749.

















