Label fesyen, Cream Couch menyunting Siti Saleha sebagai rakan kolaborasi terbaharunya. Selain dikenali sebagai pelakon dan model, Siti Saleha kini mengembangkan kerjayanya dalam bidang perniagaan fesyen pula. Sudah tiba masanya untuk Siti Saleha mengeksplorasi kebolehannya dalam bidang perniagaan fesyen. Yang semakin berkembang pesat. Memiliki pengaruh yang kuat, Siti Saleha dianggap wajah ideal untuk dijadikan selebriti Malaysia pertama bekerjasama dengan Cream Couch.
Kerjasama sulung ini, memunculkan rekaan tas tangan dalam pelbagai warna, yang pastinya memenuhi kesemua cita rasa. Meskipun, berbeza-beza identiti dan keperluan, tas tangan Siti Saleha x Cream Couch dihadirkan dalam rangkaian lapan warna.
Pilihan warna dari yang ‘bold’ sehinggalah warna-warna lembut. Hitam, brown, mocha, espresso, karamel, krim, latter dan olive menyemarakkan lagi gaya tahun baharu. Apa jua stail yang ingin ditonjolkan, sangatlah sempurna jika ia dipadankan dengan tas tangan Siti Saleha x Cream Couch. Tali strap yang boleh dilaraskan turut ditawarkan, memberi butiran tambahan yang diyakini menegaskan aspek kualiti dan nilai estetika yang tersendiri.
Rangkaian Siti Saleha x Cream Couch disengajakan bereka bentuk yang bersifat ‘effortless’, supaya memudahkan pemilik menyuai padankan ia dengan stail berbeza-beza. Reka bentuknya sesuai dibawa sebagai tas harian, atau dijadikan trik terbaik gaya hujung minggu. Termasuklah stail sewaktu pergi melancong. Great for travelling too. Saiznya yang mudah dibawa, melengkapi keperluan buat kamu yang ingin menjadikannya sebagai teman bercuti.
Siluet tas tangan Siti Saleha x Cream Couch menggarap inspirasi bentuk bulan. Yang dilihat sebagai dewi yang indah wataknya, bersifat misteri dan begitu agung, seperti karakter Siti Saleha sendiri. Cream Couch memfokuskan rekaan yang bernada mewah juga kecemerlangan mutu pembuatannya, namun ditawarkan pada harga berpatutan. Setiap pembelian Siti Saleh x Cream Couch boleh dibuat di laman creamcouch.com.
Artikel berkaitan: Skechers Membudayakan Rekaan Bersama CHINATOWN MARKET