Kolaborasi kreatif antara dua jenama fesyen, bagaikan sudah menjadi trend. Kebanyakkan label fesyen mengadakan kerjasama kreatif, misalnya bersama jenama lain atau individu berpengaruh lain, untuk langkah penjenamaan, selain memunculkan rekaan yang lebih gemilang penciptaannya. Skechers turut menarik pasaran baharu, dengan trend budaya sniker yang memacukan rekaan berkonsep seni, dengan berkongsi falsafah bersama penggiat seni asal Los Angeles, CHINATOWN MARKET.
Selain perkataan ‘selesa’ itu sendiri menjadi kata kunci dalam himpunan baharu ini, estetika kaya seni nan mewah-material kulit sniker dan fabrik baju dalam pelbagai pilihan warna. turut menjadi taruhan. Vibrant, bold and playful-gambaran sempurna koleksi Skechers x CHINATOWN MARKET. Dedikasi anak muda serta penggemar fesyen ‘streetwear’ yang suka menyuntik elemen seni dalam penggayaan.
Koleksi yang bermain dengan gaya energi optimistisk dan effortless merupakan faktor lain yang membentuk rangkaian Skechers x CHINATOWN MARKET. Selain sniker, kemeja T,’pullovers’, baju panas berhud yang bersifat unikes turut terkandung. Perihal sniker pula, siluet Stamina 2.0 dihadirkan, ditonjolkan lagi dengan jaluran hijau, biru, merah dan kuning, yang berjiwa muda, yang mana membentuk mantera sniker ini. Keselesaan sniker dipertingkatkan lagi dengan kusyen ‘insole’ ‘Air Cooled Memory’.
Dengan reka bentuk ‘chunky’, ialah item wajib ada untuk melengkapi uniform lelaki dan gadis urban. Satu sniker cukup versatil untuk gaya ‘streetwear’ atau sebagai aksesori kod gaya formal alaf baharu.
Artikel berkaitan: Playful Pop-up Store Coach Buat Peminat Disney dan Keith Haring