Tidak semua wanita dikurniakan badan secantik Angelina Jolie yang boleh mengenakan segala jenis pakaian tetapi masih kelihatan menawan. Anda boleh sebenarnya sekiranya anda tahu bagaimana untuk menyembunyikan kelemahan anda dan menonjolkan keistimewaan yang anda ada.
Gambar: nacentralohio.com
ADAKAH KERJA ANDA MENJADIKAN ANDA GEMUK >>
Anda Seorang yang Pendek
Sekiranya anda tidak begitu tinggi, jangan sekali-kali mengenakan blaus atau kemeja yang terlalu panjang kerana ia boleh membuatkan anda tampak lebih pendek. Seboleh-bolehnya elakkan memakai gaun maxi dan seluar berpotongan besar seperti palazzo. Skirt pensel dan peplum merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka yang tidak begitu tinggi kerana boleh menampakkan kali lebih panjang.
MUKA MEMBESAR AKIBAT NAK CANTIK? >>
Anda Mempunyai Lengan yang Besar
Baju yang terbaik untuk mereka yang berlengan besar adalah baju yang mempunyai rona yang berlainan dengan lengannya, baju berlengan tiga suku atau off-shoulder. Sekiranya anda mahu mengenakan baju tanpa lengan, pilih baju halter neck atau toga, kerana potongannya dikatakan mempunyai slimming effect.
Anda Mempunyai Pinggul Yang Lebar
Pilih seluar yang mempunyai poket lebih kecil untuk menampakkan pinggul anda lebih kecil daripada yang sebenarnya. Daripada memilih skirt bodycon, sorokkan kelemahan anda dengan memilih skirt maxi. Peplum yang berpotongan rendah juga boleh menyembunyikan bahagian atas pinggul yang lebar dan elakkan memakai baju yang terlalu singkat.
TOP 10 PEREKA BUSANA PENGANTIN >>
Anda Mempunyai Perut Yang Boroi
Badan kecil tetapi bahagian perut berlemak. Masalah ini biasa dialami oleh kebanyakan wanita. Rona yang gelap boleh memberikan slimming effect kepada anda. Sekiranya anda mahu mengenakan skirt bodycon, padankan dengan baju yang longgar. Elakkan memasukkan baju anda ke dalam seluar dan sekiranya anda mahu tuck-in baju anda, pastikan skirt atau seluar yang dikenakan mempunyai potongan high waisted dan keluarkan sedikit baju anda untuk menyembunyikan perut anda.