Teks : Razin Mohd
EH! menjenguk gambar selebriti di media sosial rata-ratanya senang dengan gaya kaca mata hitam POLICE sebagai helah instant glamour. Antara yang sering dilihat berkaca mata hitam pastinya Hael Husaini yang sudah bagikan sinonim dengan kaca mata hitam termasuklah kala muncul di pentas nyanyian.
We live to be inspired! Dalam bergaya kita sememangnya lebih mudah untuk terinspirasi dari apa yang digayakan oleh selebriti , terutamanya bila melihat kepingan gambar #OOTD yang dimuat naik, kita ralit menghabiskan masa untuk meniliti setiap item yang digayakan mereka dan menceduk idea ilham mereka bergaya. EH! meneroka gambar-gambar selebriti di media sosial baru-baru ini, dan kami tertarik dengan foto terbaru Ain Edruce, Idris Khan, Erni Zakri, Daler Yusof dan juga Nabil Aqil, ternyata kesemua mereka tampil stylish dengan kaca mata hitam POLICE EYEWEAR!
Penggayaan kaca mata hitam dalam stail harian sudah jadi satu aksesori statement yang memberi keseluruhan gaya tampak lebih cool dan bersahaja, terutama bila mahu tampak ‘ekstra’ untuk kunjungan ke sesuatu tempat atau melakukan aktiviti diluar. Berbincang tentang hal kaca mata ini Kami di EH! mendekati Ikon kaca mata sendiri iaitu penyanyi dan penulis lagu Hael Husaini yang jarang sekali melihat dia tanpa kaca mata hitam bila di kaca TV dan gambar di Instagram miliknya. Baginya, kaca mata hitam bagaikan sudah jadi aksesori wajib yang menyalurkan ‘semangat’ tiap kali dia membuat persembahan. Dengan kesempatan yang ada EH! mengundang pemenang Anugerah Juara Lagu 2018 ini untuk dieksplorasi gaya peribadinya bersama kaca mata serba baharu dari POLICE EYEWEAR.
POLICE EYEWEAR kini hadir dengan beberapa koleksi kaca mata hitam serta bingkai kaca mata optikal baharu yang trendy untuk anda gayakan tidak kira apa acara. Setiap darinya hadir dengan rekaan yang up-to-date dengan pelbagai pilihan warna untuk dipilih. Aksesori fleksible dan ikonik ini bukan sahaja jadi item untuk bergaya tetapi juga jadi satu perlindungan buat mata dari sinaran yang berbahaya. Jadi ia amat sesuai digayakan tatkala bercuti, berlibur di hari minggu atau suasana panas di dalam kereta, aksesori ini pasti jadi antara item utama pelengkap gaya anda.