WHAT’S HOT THIS SEASON? TREND BEG APAKAH YANG HANGAT? AKSESORI BEG MUSIM BUNGA PANAS 2021 KALI INI TAMPIL CUKUP TEGAP DENGAN PERCIKKAN RONA TERANG YANG TERJAMIN KEPERKASAAN STAILNYA. PENUH BERTENAGA BERPAKSIKAN VERSATILITI UNTUK TIAP WANITA RAGAM KEHENDAK. HANEESYA HANEE, WAJAH FESYEN SEMASA MENGGAYAKAN BARISAN BEG TERHANGAT PILIHAN EH!.
Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif: JOHAN KASSIM, Pembantu Penyelaras: KHAIRUL ABIDIN & AIZAT AIDID Solekan: SYED FAIZAL SYED NOH, Dandanan: JUNO KO, Gambar: EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO) Model: HANEESYA HANEE
GUCCI
Gucci hadirkan tas yang cukup versatil penggayaannya. Disilang atau digantung pada bahu, pastinya menegapkan lagi penampilan. Tali beg boleh dilaraskan, bagi mengikut kesesuaian pemakai. Keserlahan beg terletak pada monogram GG yang membaluti permukaan beg. Butiran tambahan itu menyaksikan trend aksesori yang berona terang dibalas oleh rona kontra pada penggayaan pakaian. Kontra pada penggayaan memunculkan stail yang sangat cool dalam konteks fesyen musim bunga.
SALVATORE FERRAGAMO
Rekaan tas Trifolio ilham Salvatore Ferragamo menyimbolkan elegansi moden. Sifat feminin terlatak pada struktur tas mini yang kukuh. Rekaan ini merupakan ‘ahli’ baharu dalam rangkaian Trifolio, diserlahkan dengan gancu Gancini dalam rona emas yang akan memberi dampak besar pada penggayaan diri. Tali beg turut disertakan, bagi memberi opsyen gaya yang pelbagai. Silang jika mahu tonjolkan imej muda, atau jinjing untuk penampilan stail yang lebih klasik dan elegan. Tas Trifolio diperbuat daripada material kulit lembu.
VERSACE
Versace La Medusa issa must have this season. Why? Plug Medusa ditampilkan pada bahagian depan beg lalu meligatkan penegasan gaya. Motif Medusa yang membentuk rekaan ini mengambil ilham dari deko pada pintu yang terdapat pada ibu pejabat Versace di Milan. Siluet ‘slouchy’ yang membentuk konstruksi tas La Medusa, ‘menyediakan’ opsyen gaya, sama ada berlingkar pada pergelangan tangan atau menyilang pada dada. Tas dilengkapi dua tali bahu yang boleh ditanggalkan, yakni dalam materil kulit dan chain. Rona pop La Medusa mengangkat nilai gaya yang tiada batasan.
MOSCHINO
Biker Bag Moschino are the coolest. Menyalin semula reka bentuk jaket biker Moschino, kini tampil dalam rupa tas tangan mini pula. Variasi warna yang ditawarkan Biker Bag Moschino, kuning dan merah jambu, memercik rona pop yang sinonim dengan identiti jenama Moschino. Moschino are all about fun. Rupa beg yang eksentrik, turut memiliki ciri-ciri kefungsian yang tinggi. Banyak poket untuk kegunaan yang pelbagai, misalnya poket utama dan dua poket pada sisi beg dilengkapi zip yang terjamin keselamatannya. Esen klasik Moschino dinyatakan jelas pada rupa beg yang menegaskan stail pabila menggayakannya.
CELINE
Tas medium 16 Celine direka dalam matrial kulit lembu yang turut dilengkapi pemegang balutan kulit yang sama. Rekaan beg yang berupa beg dokumen, yang bertujuan untuk digayakan bersama ragam gaya tersendiri. Padlock Celine yang signifikan dengan jenama Celine, menjadi ‘pendirian’ beg ini. Melambangkan jati diri Celine yang cukup unggul.
COACH
Variasi beg bahu yang dipertaruhkan oleh Coach untuk musim ini. Beg bahu yang cukup ikonik pada suatu ketika dahulu, sekitar era millennium, juga pernah dipopularkan oleh Paris Hilton dan Hillary Duff, kembali mendominasi trend beg musim bunga 2021. Coach Pillow Tabby antara yang terhangat musim ini. Siluet ala bantal tidur, memperhebat rekaan serta memperluas makna. Gaya beg tangan ini, dirasakan relevan dengan semasa.
DIOR
Tas tangan Lady D-Lite menggabungkan aspek klasik, elegan serta modenisasi rumah fesyen Dior. Stail tas disulam sepenuhnya dengan motif biru Dior Palms, mencemerlangkan nilai seni, yang sudah menjadi perhitungan Dior saban tahun. Motif biru Dior Palms sempurna melambangkan mood musim bunga. Kontras beg tercetus melalui sentuhan moden yang berkonstruksi rekaan klasik tas Lady Dior. Gantungan ‘D.I.O.R’ dalam litupan emas mendasari hebat tas ini. Kefungsian tas turut diutamakan, yang mana tali beg yang boleh divariasikan stailnya turut dihadirkan. Butiran tersebut yang pada mata kasar kelihatan biasa-biasa sahaja, namun bisa mencemerlangkan sesuatu rekaan. Menonjolkan lagi aspek kekinian.
Artikel berkaitan: Fesyen: Sensasi Lokal