Confession seorang yang obses dengan stack jewelry. Dengan KATSEYE sebagai wajah kempen Pandora Mini Charms, seni layering kini diraikan sebagai ekspresi gaya peribadi yang berani dan bebas.
Sebagai seseorang yang tak pernah cukup dengan satu lapisan barang kemas, koleksi Pandora Mini Charms terasa seperti satu jemputan untuk berani bermain dengan gaya. Kecil dari segi saiz, tetapi besar dari segi impak, koleksi ini diraikan melalui kempen terbaharu Pandora yang menampilkan KATSEYE, kumpulan gadis global dengan estetika yang segar dan penuh karakter.
Dalam kempen ini, KATSEYE menggalakkan peminat untuk meraikan gaya peribadi masing-masing, sambil bereksperimen dengan mix and match aksesori bersama rakan-rakan menerusi koleksi Mini Charms yang digayakan khas untuk Pandora. Ia bukan sekadar tentang memakai barang kemas, tetapi tentang berkongsi ekspresi, kreativiti dan identiti.
Direka untuk digabung, dilapis dan disesuaikan mengikut cerita sendiri, Mini Charms sememangnya memenuhi keperluan mereka yang gemar bermain dengan stacking. KATSEYE membawa elemen empowerment dan kreativiti ke tengah kempen melalui gaya ekspresif serta representasi yang pelbagai. Koleksi ini menandakan era baharu Pandora Minis dengan enam charm baharu yang berani, diinspirasikan oleh gaya unik setiap ahli kumpulan.
Simbol-simbol bermakna seperti glob, nota muzik dan rekaan berkonsepkan identiti memberi sentuhan peribadi pada setiap susunan. Dipadankan dengan gelang, rantai leher dan anting-anting hoop, setiap kombinasi tampil sebagai pernyataan gaya yang meraikan cita rasa individu.
“Kami suka memakai barang kemas yang membawa makna tersendiri untuk setiap seorang daripada kami,” kata KATSEYE. “Setiap orang boleh menemukan charm yang mencerminkan kisah mereka sendiri—dan itulah yang menjadikan koleksi ini begitu menyeronokkan untuk digayakan.”
Baca: Gaya Para Idol di Karpet Merah Golden Disc Awards ke-40








