Tarik perhatian ramai peminat, stail dan gaya fesyen selebriti di Milan Fashion Week 2023, menular laju di platform media sosial.
Baru selesai dengan kehangatan Milan Fashion Week 2023 isnin yang lalu, koleksi-koleksi yang diperagakan dari pelbagai rumah fesyen terkenal, menjadi tarikan para penggemar fesyen. Menjadi tumpuan ramai, pastinya rekaan yang malar segar keluaran jenama terkemuka seperti, Gucci, Prada, Fendi dan pelbagai lagi.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian, adalah kehadiran selebriti-selebriti ternama ke acara tersebut. Daripada penyanyi terkenal, Dua Lipa di Prada, hingga ke bintang global Korea BTS RM di Bottega Veneta. Minggu fesyen Milan sentiasa menjadi topik perbualan yang hangat di bibir para peminat.
EH! Bawakan kepada anda beberapa stail fesyen selebriti yang memukau, di acara musim luruh/musim sejuk 2023, minggu fesyen Milan.