Dua Lipa, Prada
Dua Lipa memilih untuk tampil dengan bergayanya dalam jaket blazer berwarna hitam di peragaan fesyen Prada. Menambah sedikit sentuhan baju bercorak warna krim dan merah jambu, gaya penyanyi terkenal ini raih perhatian para penggemar fesyen. Selain itu, Dua juga melengkapkan penampilannya, dengan pemakaian seluar ketat dan sepasang loafer dari jenama rumah fesyen tersebut.
Turut sempat berkongsi foto di akaun rasmi Instagramnya, Dua Lipa menyuarakan rasa teruja kepada pengarah kreatif Prada, atas jemputan yang diberikan kali ini.