Song Hye-Kyo, Fendi
Kini lebih bergiat aktif dalam industri dan semakin fashionable!, nama bintang dari Korea Selatan ini tidak pernah lekang di bibir para peminat. Tampil hadir dengan gaya monokrom klasik, penampilan menawan Song Hye-Kyo raih pujian ramai.
Hye-Kyo hadir dengan menggayakan kot labuh kashmir dalam tona warna kelabu, dari jenama rumah fesyen tersebut. Rekaan kot yang malar segar ini terinspirasi daripada pengaruh Asia Timur, yang menghasilkan siluet seperti Kimono.