A$AP Rocky, Gucci
Sangat out of the box! Penampilan gaya rambut A$AP Rocky jadi tumpuan di acara fesyen Gucci, musim luruh/musim sejuk 2023.
Baru-baru ini dinamakan sebagai salah satu wajah daripada barisan koleksi wangian Gucci, iaitu ‘Guilty’, penyanyi rap itu hadir ke Milan Fashion Week, dengan memberikan sentuhan segar dan moden kepada koleksi pakaian lelaki. A$AP Rocky mengayakan seluar berkaki lebar dengan double-breasted pinstripe jacket, keluaran daripada Gucci. Tambah lagi, apa yang lebih meragut tumpuan ramai, apabila A$AP telah hadir dengan gaya rambut berlogokan jenama rumah fesyen tersebut!