RM BTS, Bottega Veneta
Ahli daripada kumpulan global BTS, RM, tampil hadir ke pertunjukan Bottega Veneta di minggu fesyen Milan. Pastinya sentiasa mendapat perhatian ramai, RM tampil mewah dalam sut serba hitam daripada jenama rumah fesyen itu. Penampilan penyanyi rap dari kumpulan K-Pop global ini telah menjadi highlight dan ‘main event’ pada malam tersebut.
Tidak ada yang peliknya, kini meniti dibibir para peminat menyangka, mungkin RM pula akan menyusul sebagai duta rebutan jenama rumah fesyen terkenal, selepas ahli kumpulannya yang lain, J-Hope, Jimin dan Suga BTS.