Jeno NCT, Ferragamo
Secara rasmi diumumkan bakal mengambil bahagian dalam acara Ferragamo di Milan Fashion Week pada februari yang lalu, nama Jeno NCT telah menjadi bualan ramai apabila peminatnya, NCTzen, teruja dengan kemunculannya itu.
Untuk pertunjukan minggu fesyen Milan pertamanya, Jeno telah memilih untuk tampil dengan woven bomber jacket dengan kolar kelasi, dipadankan dengan seluar potongan lurus berwarna kelabu. Pemadanan gaya yang dipilih telah berjaya menyerlahkan lagi sisi tampan penyanyi rap dari Korea Selatan itu. Tidak perlu diolah lagi, pada hari tersebut, Jeno telah menjadi trending di pelbagai platform media sosial.
Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Paling Stail Di KLFW 2022