3. Pretty Woman (1990): Menarik Perhatian dan Anggun
Setanding dengan filem The Devil Wears Prada, The Princess Diaries dan Mean Girls, filem Pretty Woman merupakan antara salah satu ‘movie makeover’ yang terbaik. Sudah tentu, jika anda pernah melihat filem ini, anda sudah pasti ingat gaun merah ‘off-the-shoulder’ yang dipakai Julia Roberts yang juga dipanggil sebagai “opera dress” oleh sesetengah orang. Walaupun sudah 31 tahun sejak filem ini ditayangkan buat kali pertama, namun gaun merah ini masih ikonik kerana warnanya yang menarik perhatian dan seksi tanpa hilang aura keanggunanya sememanya menjadi sebab mengapa gaun ini menarik perhatian penonton.
- Marchesa | Off-the-Shoulder Gown
- The Vampire’s Wife | Floral-Lace Long Velvet Gloves
- Tiffany& Co. | Ruby and Diamond Necklace in Platinum
- Christian Louboution | Loubi Queen 100 Leather Sandals